Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 16 Mac 2021 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM di Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM. Buku Tokoh Akademia Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia ini telah dilancarkan oleh Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, mantan Naib Canselor UKM dan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Buku terbitan Penerbit UKM ini telah berjaya menghimpun seramai 167 orang Tokoh Akademia Wanita dari pelbagai latar belakang kesarjanaan.

Turut hadir adalah barisan pengurusan tertinggi UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki bin Mustafa dan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim serta Ahli Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang turut hadir secara dalam talian.