Majlis Pelancaran Laporan Kajian Breaking Barriers: Towards Better Economics Opportunities for Women in Malaysia

Pada 27 September 2019, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim menghadiri Majlis Pelancaran Laporan Kajian Breaking Barriers: Towards Better Economics Opportunities for Women in Malaysia. Pusat Kepimpinan Wanita telah terlibat sebagai ketua konsultan yang dilantik oleh World Bank Malaysia dalam kutipan data kualitatif di  25 lokasi berbeza seluruh Malaysia. Acara ini telah berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya. Pelancaran laporan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.