Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita Tahun 2019/2020

 

Pada 21 November 2019 berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan Kursi Kepimpinan Wanita Tahun 2019/2020 kepada para penyelidik yang telah berjaya. Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak telah memberikan taklimat kepada para penyelidik yang berjaya dalam membantu mereka menjalankan penyelidikan dengan lancar. Sebanyak 9 penyelidikan akan dijalankan sepanjang tahun 2019/2020. Antaranya ialah Dr. Norshita Mat Nayan (Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Kalangan Wanita ASEAN: Kajian Perbandingan Implikasi Polisi); Dr. Norain Mod Asri (Wanita dan Persekitaran Kerja dalam Bidang STEM); Dr. Intan Maiza Abd Rahman (Kesaksamaan Gender dalam Kalangan Kabinet Kerajaan Malaysia-Cabaran Strategi dan Implikasi); Dr. Norhayati Mohd Noor (Model Intervensi Keganasan Terhadap Wanita: Kesejahteraan Psikologi, Keselamatan dan Sokongan Sosial); Dr. Wan Rosmanira Ismail (Halangan dan Kekangan Usahawan Wanita dalam Mendapatkan Geran/Peruntukan dalam Bidang Perniagaan); Dr Noorasmah Othman (Pencapaian Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan di Malaysia); Dr. Kalaivani Chellapan (Women Investors Blockchain Digital Guideline Platform); Dr. Mohd Izzuddin Hairol (Kemurungan Selepas Bersalin: Faktor Risiko dan Penerokaan Isu di Kalangan Wanita yang Bersalin di Hospital dan yang mMembuat Pilihan untuk Bersalin di Rumah) dan Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz (Kajian Rintis KAP Pengetahuan, Sikap dan Amalan Ibu Bapa Terhadap Impak Kesihatan Female Genitalia Multilation).

Tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang berjaya.