Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) pada 2 Oktober 2020 di Bilik Senat, Canselori UKM. UKM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd. Shukor manakala NCWO diwakili oleh Yang Dipertua, Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Melalui MoU ini dijangka dapat mengukuhkan jaringan kerjasama antara dua entiti tersebut terutama dalam bidang penyelidikan berkaitan aspek kepimpinan wanita di negara ini dalam usaha merencana solusi terbaik dalam meningkatkan penglibatan wanita dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.