Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Kursi Kepimpinan Wanita Bil2/2019

 

Pada 28 November 2019, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Kursi Kepimpinan Wanita Bil2/2019 yang dipengerusikan oleh Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nor Ghani Md. Nor yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Canselori, UKM. Mesyuarat telah membincangkan laporan aktiviti yang telah dijalankan PKWTFH sepanjang tahun 2019 dan telah membincangkan hala tuju serta perancangan aktiviti PKWTFH pada sepanjang tahun 2020.