Perlu Buka Taska Di Tempat Kerja Untuk Galakkan Wanita Bekerja – PM

26.05.15_MOU_UKM_JPM_02 (1)PUTRAJAYA, 25 Mei 2015 – Sektor swasta dan awam mungkin diwajib menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak atau Taska di tempat kerja sebagai galakkan kepada ibu yang be­kerja.

Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata langkah itu perlu bagi membolehkan negara mencapai 59 peratus tenaga wanita dalam pasaran pekerjaan di negara ini.

“Kita harap usaha dan langkah kerajaan bagi mewujudkan taska di tempat kerja membolehkan wanita terpanggil untuk bekerja,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Univiersiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Pejabat Penasihat Pembangunan Wanita, Iktisas dan Keusahawanan (KIW) Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada 22 Mei lepas.

Baca Selanjutnya