PKWTFH Mendapat Penarafan 5 Bintang Bagi Pemeriksaan Kendiri Harta Modal dan Inventori

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) telah mendapat penarafan 5 bintang dan dikategorikan sebagai Cemerlang dengan markah sebanyak 100% bagi Pemeriksaan Kendiri Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-12) daripada Jabatan Bendahari, UKM bagi tahun 2021. PKWTFH telah mencapai sasaran KPI Strategik UKM berkenaan pengurusan aset Universiti iaitu mendapat skor pematuhan sekurang-kurangnya 4 bintang melalui pemeriksaan kendiri aset alih.