Program Kepimpinan Suri Rumah Tangga Anjuran Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim akan menganjurkan Program Kepimpinan Suri Rumah Tangga pada 6 Julai 2024 ini, bertempat di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk menyebarkan nilai kesedaran kepimpinan dalam sistem kekeluargaan, meningkatkan ilmu kepimpinan, dan menyediakan pembinaan suasana serta hubungan harmoni kekeluargaan dalam kalangan suri rumah tangga dengan cara yang lebih berkesan.