Program Kepimpinan Wanita Mendepani Revolusi Industri Keempat, Sabah
Pada 18 dan 19 Mac 2019 yang lalu, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah menganjurkan Program Kepimpinan Wanita Mendepani Revolusi Industri Keempat bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah. Program selama dua hari ini telah dihadiri oleh lebih daripada 100 orang bakal pemimpin wanita yang berjawatan gred 41 dan ke atas.
Antara penceramah yang terlibat dalam program yang julung kali diadakan di negeri Sabah Dibawah Bayu ini adalah Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak, Dato’ Capt. Jaffar Lamri, Prof. Madya Dr. Jamaluddin Aziz, Tuan Haji Nazri Kahar dan En. Rudy Ludinata.