Program Training of Trainers Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar

Program Training of Trainers Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar telah diadakan pada 4 dan 5 Julai 2019 yang berlangsung di Pusat Latihan Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi. Peserta yang hadir pada program TOT ini akan dilantik menjadi fasilitator untuk Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar yang akan diadakan di zon masing-masing antaranya Zon Utara (Kedah), Zon Pantai Timur (Terengganu) dan Zon Selatan (Melaka).

Modul pada hari pertama adalah Modul Pembangunan Kepimpinan dalam Komuniti disampaikan oleh Dato’ Capt. Jaffar Lamri dan Modul Minda Keusahawanan untuk Pemimpin disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Shamshubaridah Ramlee manakala modul hari kedua adalah Modul Komunikasi dalam Komuniti disampaikan oleh Penerbit Eksekutif Astro Awani, Tuan Haji Nazri Kahar dan Modul Teknologi Efektif untuk Kepimpinan.