Program Wanita dan Kepimpinan

Pada 1 Oktober 2020, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Wanita dan Kepimpinan bertempat di Bilik Senat, Canselori UKM yang memfokuskan pemerkasaan kepimpinan para wanita dalam kategori T20. Terdapat beberapa modul pengajaran yang di sampaikan pada program kali ini antaranya Wanita dan Ilmu Kepimpinan, Kemahiran Komunikasi untuk Pemimpin, Wanita dan Proses Pembuatan Keputusan dan Aura Kepimpinan dan Ketrampilan Wanita.

Antara barisan penceramah program adalah Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah binti Salim, Pengerusi Allianz Malaysia & Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad; Prof. Datin Dr. Shamshubaridah binti Ramlee, Felo PKWTFH; Prof. Dr. Sharifa Ezat binti Wan Puteh, Felo Utama Bersekutu PKWTFH dan Rudy Ludinata bin Misnun, Pakar Perunding Imej.