Projek Gerobok Rezeki PKWTFH 1.0

 

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM telah melancarkan Projek Gerobok Rezeki PKWTFH 1.0 hasil cetusan idea daripada Felo Bersekutu PKWTFH, Prof. Madya Ir. Dr. Norhana Arsad. Melalui projek ini, sumbangan barangan keperluan harian seperti beras, tepung, gula dan sebagainya akan disumbangkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Antara lokasi permulaan yang dikenalpasti untuk projek ini adalah surau dan blok kediaman Savanna Southville, Bangi. Individu yang ingin membuat sumbangan boleh disalurkan kepada No. Akaun Dr. Norhana Arsad (CIMB Bank: 7009409987).

Semoga usaha ini diberkati olehNya dan serba sedikit membantu golongan memerlukan.