Salam Takziah Atas Pemergian Puan Sri Sukumari Sekhar

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim mengucapkan salam takziah dan turut berdukacita atas pemergian seorang tokoh pejuang hak asasi wanita negara, Puan Sri Sukumari Sekhar yang disahkan meninggal dunia di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada 8 Mac 2021.

Puan Sri Sukumari Sekhar merupakan antara pengasas dan mantan Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Beliau merupakan antara individu yang lantang memperjuangkan hak asasi wanita serta kebajikan kanak-kanak termasuk golongan anak tidak sah taraf bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya. Usaha murni tersebut membolehkan beliau menerima Anugerah Tokoh Wanita daripada Jabatan Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada Oktober 2012.