Sambutan Hari Wanita 2020 Peringkat Selangor

Ayuh sama-sama memeriahkan Ekspo Hasil Suri Selangor bersempena dengan Sambutan Hari Wanita 2020 peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 7 & 8 Mac 2020 bertempat di Aras 1, Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor. Ekspo ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Persatuan Wanita Berdaya, Hijrah Selangor, Jabatan Pembangunan Wanita dan beberapa lagi agensi.

Selain itu, Pertandingan Fotografi turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wanita 2020 peringkat Negeri Selangor ini. Terma dan syarat seperti yang tertera pada poster. Kepada sesiapa yang memiliki bakat dan kreativiti dalam bidang fotografi dialu-alukan untuk turut serta. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Mac 2020.