Syarahan Tun Fatimah Hashim : Kepimpinan Bermula Dalam Keluarga – Tan Sri Rafidah Aziz

 

02.06.15_PKW_RafidahAziz_02BANGI, 1 Jun 2015 – Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, kita perlu memastikan kepimpinan di rumah adalah cemerlang, kata negarawan, mantan Menteri dan kini Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata jika kepimpinan di rumah tidak mencerminkan keperibadian yang baik, bagaimana untuk memimpin negara yang mempunyai jumlah rakyat yang besar?

“Pertama sekali adalah menjadi pemimpin yang terbaik sebagai ibu bapa di rumah. Kalau pemimpin dalam keluarga tak betul, negara pun tak betul. Masalah yang timbul dalam negara sekarang ini bukan bermula dari dasar kerajaan atau Perdana Menteri tetapi semua ini adalah bermula dari rumah.

Baca Selanjutnya