Tahniah dan syabas Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir atas pelantikan sebagai Ketua Pusat PKWTFH , FSSK UKM.

Assalamualaim wbt. dan salam sejahtera.

Seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) mengucapkan Tahniah dan Syabas buat Prof. Madya Dr. Nor Ba’yah Abdul Kadir atas pelantikan sebagai Ketua Pusat PKWTFH , FSSK UKM berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Untuk makluman semua, tahun 2025 ini PKWTFH UKM telah rasmi berada di bawah pentadbiran FSSK UKM, sekaligus memansuhkan jawatan Pengarah dalam tampuk kepimpinan PKWTFH, justeru, digantikan dengan lantikan sebagai Ketua Pusat. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini, kehadiran Dr. Nor Ba’yah dapat mengukuhkan lagi pentadbiran di PKWTFH dengan lebih progresif dan mapan.