TAHNIAH YBHG. TOH PUAN DATO’ SERI HJH. DR. AISHAH ONG

Seluruh warga PKWTFH mengucapkan sekalung tahniah kepada Ybhg. Toh Puan Dato’ Seri Hjh. Dr. Aishah Ong atas pelantikan semula beliau sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya. Pelantikan semula itu dibuat bersempena dengan pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen UM kali ke-60 yang berlangsung mulai hari ini. Untuk makluman, Dr Aishah pernah dilantik sebagai Pro-Canselor UM dari Februari 2003 hingga 2008 dan adalah wanita pertama dilantik ke jawatan itu.