Tips Amalan Pencegahan COVID-19
Buat peringatan mesra bersama, walaupun PKP Fasa-4 ini diberi sedikit kelonggaran, namun ianya terpulang kepada masyarakat sepenuhnya samada akan dilanjutkan atau sebaliknya, bergantung pada kes jangkitan Covid-19 aktif dan baharu.
Sila ikuti perkongsian tips amalan berkesan dalam mencegah penularan Covid-19 menerusi infografik tertera, dan jadikanlah norma baharu ini amalan harian anda.
Selain itu, ELAKKAN 3C iaitu Crowded places, Confined spaces dan Close conversation serta AMALKAN 3W iaitu Wash, Wear dan Warn. Sentiasa praktikkan penjarakan sosial dan pastikan juga kebersihan diri kita pada tahap yang tinggi. Sama-sama kita perangi Covid-19. Kita mesti menang.