Webinar Amalan Mesra Kanak-Kanak di Sekolah

 

Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM dengan sukacitanya ingin menjemput anda semua terutama ibubapa dan para guru untuk sama-sama menyertai webinar Amalan Mesra Kanak-Kanak di Sekolah. Webinar ini merupakan anjuran Pasukan Advokasi Mesra Kanak-Kanak, Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM; Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) serta Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Maklumat penganjuran webinar adalah seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2021 (Selasa)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Pautan pendaftaran: https://tinyurl.com/mesrakanak2

Barisan penceramah yang akan bersama-sama pada webinar ini adalah:

  1. Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak
    Pakar Kaunseling Psikologi (Pertautan Keluarga dan Rakan Sebaya)
    Tajuk: Membina Pertautan Guru Murid Yang Berkesan
  2. Dr. Yang Wai Wai
    Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak
    Tajuk: Komunikasi Berkesan Antara Guru dan Ibubapa

Moderator:
Prof. Dr. Zarina Abdul Latiff
Pakar Perunding Kanan Pediatrik, Fakulti Perubatan UKM

Sila mendaftar pada pautan pendaftaran seperti yang telah dinyatakan di atas untuk memastikan kehadiran anda direkodkan serta memudahkan urusan e-sijil penyertaan.

#MesraKanakKanak
#JomBelajar