Search
Program Yang Ditawarkan

Program-program ini dijalankan secara penulisan tesis/disertasi sahaja. Sepanjang tempoh pengajian, calon akan dibimbing oleh tenaga pengajar Fakulti, iaitu sama ada selaku Penyelia, Penyelia Bersama atau ahli Jawatankuasa Penyeliaan Siswazah. Bidang-bidang pengkhususan penyelidikan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Gender dan Undang-Undang
  • Keadilan Jenayah
  • Keadilan Jenayah dan Hak Asasi Manusia
  • Keadilan Juvana
  • Metodologi Penyelidikan Undang-Undang
  • Sistem Kewangan Islam
  • Undang-Undang Syarikat dan Perkongsian
  • Undang-Undang Air
  • Undang-Undang Alam Sekitar
  • Undang-Undang Antarabangsa Awam
  • Undang-Undang Antarabangsa dan Orang Asal
  • Undang-Undang Buruh dan Hubungan Industri
  • Undang-Undang Ekonomi Antarabangsa
  • Undang-Undang Ekuiti dan Amanah
  • Undang-Undang Forensik
  • Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa
  • Undang-Undang Harta Intelek
  • Undang-Undang Insolvensi
  • Undang-Undang Insurans/Kredit
  • Undang-Undang Jenayah
  • Undang-Undang Jenayah Islam
  • Undang-Undang Jenayah Korporat
  • Undang-Undang Kanak-kanak
  • Undang-Undang Keluarga
  • Undang-Undang Keterangan
  • Undang-Undang Kontrak
  • Undang-Undang Laut Antarabangsa
  • Undang-Undang Media & Komunikasi/Telekomunikasi
  • Undang-Undang Migrasi
  • Undang-Undang Pembangunan Antarabangsa
  • Undang-Undang Pentadbiran
  • Undang-Undang Peraturan Sekuriti
  • Undang-Undang Perbankan
  • Undang-undang Perdagangan dan Pengguna
  • Undang-Undang Perdagangan Islam
  • Undang-Undang Perlembagaan
  • Undang-Undang Persaingan
  • Undang-Undang Pertikaian Alternatif
  • Undang-Undang Perubatan
  • Undang-Undang Sekuriti Islam
  • Undang-Undang Sukan
  • Undang-Undang Takaful
  • Undang-Undang Teknologi Maklumat
  • Undang-Undang Tort

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa

Dalam Program Sarjana Undang-Undang (Mod Kerja Kursus & Mod Campuran), terdapat beberapa kursus yang boleh diikuti oleh calon. Bagi Mod Campuran, calon akan dibimbing oleh tenaga pengajar Fakulti sama ada selaku Penyelia,Penyelia Bersama atau ahli Jawatankuasa Penyeliaan Siswazah untuk membuat penulisan disertasi setelah lengkap mengikuti kursus yang disyaratkan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Undang-Undang Buruh Dan Perhubungan Industri Perbandingan
  • Undang-Undang Kanak-Kanak
  • Undang-Undang Keluarga Perbandingan
  • Sistem Perundangan Malaysia***
  • Sistem Kewangan Islam
  • Undang-Undang Jenayah Islam
  • Undang-Undang Perlembagaan Perbandingan
  • Undang-Undang Harta Keintelektualan Lanjutan
  • Undang-Undang Teknologi Maklumat
  • Undang-Undang Jenayah Korporat
  • Undang-Undang Laut Antarabangsa
  • Undang-Undang Perubatan
  • Metodologi Penyelidikan Undang-Undang
  • Undang-Undang Ekonomi Antarabangsa
  • Undang-Undang Syarikat Lanjutan
  • Gender Dan Undang-Undang
  • Undang-Undang Peraturan Sekuriti
  • Undang-Undang Jualan Barang Lanjutan
  • Undang-Undang Pentadbiran Perbandingan
  • Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa Lanjutan
  • Undang-Undang Antarabangsa Dan Dunia Ketiga
  • Undang-Undang Insolvensi
  • Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa
  • Undang-Undang Persaingan
  • Undang-Undang Warisan
  • Undang-Undang Perlancongan Lanjutan
  • Undang-Undang Alam Sekitar Antarabangsa
  • Undang-Undang Antarabangsa Dan Orang Asal Lanjutan
  • Undang-Undang Migrasi
  • Undang-Undang Pembangunan Antarabangsa
  • Undang-Undang Koroner
  • Undang-Undang Sukan Lanjutan
  • Undang-Undang Takaful Lanjutan
  • Undang-Undang Sekuriti Islam
  • Undang-Undang Keterangan Lanjutan
  • Undang-Undang Air
  • Undang-Undang Forensik
  • Keadilan Jenayah dan Hak Asasi Manusia

*Mod Pengajian: Kerja Kursus/Campuran (Kerja Kursus & Penyelidikan)
Bentuk Pendaftaran: *Sepenuh Masa & **Separuh Masa


Kuliah: Hari bekerja (6.00 petang – 11.00 malam) dan hari minggu
Pendaftaran kursus : *maksimum 4 kursus per semester, **maksimum 2 kursus per semester, ***Diambil oleh pelajar antarabangsa

PROGRAM UNDANG-UNDANG

Fakulti Undang-Undang

RINGKASAN PROGRAM

Kerjaya dalam bidang Undang-undang adalah mencabar, namun ianya memberi  manfaat dari segi kewangan dan kepuasan tersendiri. Undang-undang adalah berkenaan dengan hak, keadilan dan kefahaman serta berkaitan dengan pelakuan manusia dan masyarakat.

Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah merangka satu program siswazah iaitu program Ijazah Sarjana dalam undang-Undang yang diiktiraf bagi meningkatkan tahap pemikiran, kemahiran, dan pengetahuan.  

Kelebihan program siswazah ini ialah ianya dapat digunakan didalam kerjaya dengan meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengetahuan. Dengan kemahiran sistem pengajaran kami, dengan memberi focus kepada penyelesaian masalah, anda akan dapat meningkatkan tahap asas pengetahuan untuk digunakan dalam peningkatan kerjaya.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

UKM merupakan antara universiti awam tertua di Malaysia dan telah diberikan status Universiti Penyelidikan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2007. 

Dalam memastikan mendapat pengiktirafan antarabangsa, Fakulti Undang-undang telah berkolaborasi bersama rakan Universiti antarabangsa yang lain dari Asia dan juga Eropah dalam menawarkan Program Pertukaran Pelajar dan penyelidikan bersama.

Kemudahan yang ada di fakulti kami amat kondusif untuk memenuhi keperluan dalam melaksanakan pembelajaran serta penyelidikan dengan selesa.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam tempoh maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  • Temui potensi penuh anda sebagai penyelidik yang berdikari melalui kerjasama yang rapat dengan ahli fakulti kami yang berpengalaman dan bersedia untuk menyelia sepanjang pengajian anda.
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai projek yang berasaskan penyelidikan makmal atau kerja lapangan (hospital atau komuniti). Ini dapat membantu untuk mengembangkan minat yang mendalam terhadap bidang penyelidikan anda.
  • Graduan kami mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan yang diperlukan untuk memupuk perkembangan kerjaya dalam bidang akademik atau sains farmasi asas / gunaan yang memerlukan saintis yang berkepakaran profesional dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Peluang untuk menyertai persatuan siswazah untuk memanfaatkan peningkatan jaringan, perkembangan kerjaya, dan pelbagai peluang pembelajaran.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu setiap Oktober hingga November (untuk pengambilan Februari berikutnya) dan setiap April hingga Mei (untuk pengambilan bulan September).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Undang-Undang
Ijazah: Sarjana Undang-Undang (Penyelidikan), Sarjana Undang-Undang (Kerja Kursus/Campuran)

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 6355 / 6820 / 6354
Faks: +603-8925 3217
Emel : ppfuu@ukm.edu.my / riee@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fuu

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik