Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Forensik) #

RINGKASAN PROGRAM

Program Sains Forensik telah dibangunkan dan berada di bawah pentadbiran Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum ini telah dijalankan di Kampus Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Raja muda Abdul Aziz. Pada tahun 2008, Forensik UKM telah menjalani semakan kurikulum major dengan memperkenalkan kursus-kursus kimia sepanjang tiga tahun pertama pengajian untuk memenuhi keperluan piawai Institut Kimia Malaysia supaya graduan Sains Forensik layak ditauliahkan sebagai ahli kimia berdaftar. Syarat ini memerlukan pelajar Sains Forensik untuk menghadiri kursus-kursus kimia yang ditawarkan oleh Fakulti Sains & Teknologi (FST) di UKM Bangi manakala kursus Sains Forensik lain dijalankan di kedua-dua lokasi UKM Kuala Lumpur dan UKM Bangi. Pada tahun 2017, Forensik UKM bertapak secara kekal dan mempunyai pejabat pentadbiran sendiri di UKM Bangi.

     Kurikulum Sains Forensik adalah bersifat lasak dan menyeluruh di samping pelajar didedahkan secara berterusan kepada bidang-bidang lain dalam Sains Forensik sepanjang empat tahun pengajian. Bidang-bidang utama Sains Forensik adalah Biologi (DNA Forensik, Patologi Forensik, Entomologi Forensik, Antropologi Forensik), Kimia (Kimia Kebakaran & Penyiasatan, Pemeriksaan Dokumen, Toksikologi, Farmakologi, Balistik), Teknologi Siber (Digital Forensik, Pemasaran) dan Penyiasatan (Undang-undang Forensik, Analisis Tempat Kejadian). Kesemua kursus ini tidak hanya membekalkan teori sahaja kepada pelajar namun menekankan pengalaman praktikal yang amat penting bagi seseorang ahli Sains Forensik dengan menjalani latihan industri di beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terkemuka di dalam dan juga luar negara. Sebagai menyokong status institusi sebagai universiti penyelidikan, semua pelajar Sains Forensik perlu menjalankan projek penyelidikan pada tahun akhir pengajian bertujuan untuk memupuk budaya menyelidik dan mengkaji dalam diri pelajar. 

      Secara keseluruhannya, pelajar Sains Forensik setelah bergraduasi akan mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kefahaman aplikasi Sains Forensik dalam sistem perundangan berkaitan persekitaran makmal, penguatkuasaan undang-undang dan badan-badan kehakiman. Menjadi nadi masyarakat, graduan Sains Forensik berupaya untuk menentukan hala tuju secara efektif setelah dilatih untuk mudah lentur, berdaya sumber, rasa ingin tahu yang tinggi dan kental dalam masyarakat yang tinggi daya saingnya. Berbekalkan kemahiran interpersonal dan insaniah, graduan Sains Forensik terbukti mampu menjadi aset kepada keluarga, masyarakat dan negara secara amnya.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNNX1052 Biokimia
NNNX1083 Fisioanatomi
NNNX4123 Forensik Imejan
STKK1012 Amali Kimia I
STKK1103 Kimia Fizik I
STKK1702 Kimia Analisis Asas
LMCR___3 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNNX1202 Biologi Molekul
NNNX1222 Instrumentasi Forensik
NNNX2092 Patologi Asas Forensik
NNNX2242 Bukti Surih & Kriminalistik
STKK1022 Amali Kimia II
STKK1303 Kimia Tak Organik Asas
STKK1503 Kimia Organik I
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCW1022 Asas Keusahawanan & Inovasi
LMCR___3 Kursus Citra Luar Fakulti

 

Semester I

NNNX2222 Farmakologi Am
STKK2052 Amali Kimia III
STKK2132 Kimia Fizik II
STKK2313 Kimia Kumpulan Utama & Peralihan
STKK2513 Kimia Organik II
STKK2913 Kimia Polimer I
LMCW2163 Tamadun Islam & Tamadun Asia

Semester II

STKK2022 Amali Kimia IV
STKK2123 Spektroskopi Asas
STKK2223 Pengurusan Industri Kimia
STKK2323 Kimia Koordinatan
STKK2523 Penentuan Struktur Molekul
STKK2942 Kimia Polimer II
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester I

NNNX4012 Asas Perundangan & Persembahan Bukti
NNNX3232 Analisis Tempat Kejadian I
NNNX3233 Toksikologi Asas Forensik
STKK3112 Kinetik Kimia
STKK3132 Elektrokimia
STKK3523 Kimia Organik III
NNNX3113/ Analisis Dokumen/
NNNX3193 Entomologi Forensik
NNNX3362 Kriminologi
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNNX3124 Toksikologi & Kimia Dadah
NNNX2252 Statistik Penyiasatan
NNNX3043 Penyelidikan Sains Forensik I
STKK3523 Kimia Bio-Organik
STKK3723 Instrumentasi Kimia II
NNNX3302 Forensik Persekitaran
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester III

NNNX3083 Bahan Letupan
NNNX4143 Digital Forensik
NNNX3182 Analisis Tempat Kejadian II

Semester I

NNNX3203 Cecair Tubuh
NNNX3223 Identifikasi Senjata Api
NNNX4213 Teknologi Dna Forensik
NNNX4223 Penyelidikan Sains Forensik II
NNNX4074 Patologi Forensik & Klinikal
NNNX4073/ Jenayah Kolar Putih/
NNNX3063 Kimia Kebakaran & Penyiasatan

Semester II

NNNX4026 Kepaniteraan Forensik
NNNX4093/ Pengurusan Makmal Forensik/
NNNX4163 Kemajuan Sains Forensik
NNNX3103 Perniagaan Atas Talian Dan Keselamatan Transaksi

 

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Forensik) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik