Search
Close this search box.

1,099,033 Buku Bercetak

Jurnal Berjilid (naskah)
0
Bahan Media
0
e-Buku (judul)
0
e-Tesis (judul)
0
e-Jurnal (judul)
0
Pangkalan Data Dalam Talian
0

Perpustakaan menyediakan ruang bacaan di semua aras yang boleh memuatkan 1,633 orang pelanggan dalam satu masa.

Ruang yang disediakan kepada yang memerlukan ruang senyap untuk membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada pembelajaran dan terletak di Aras 3 dan Aras 5.

Terdapat tiga (3) buah bilik Seminar dengan kapasiti setiap bilik boleh menempatkan 20 orang, 30 orang dan 50 orang.  Manakala sebuah Bilik Serbaguna di Unit Multimedia boleh menempatkan antara 20 hingga 150 orang.  Ianya disediakan untuk pelanggan perpustakaan dan sesuai untuk tayangan video dan sebagainya.  Mereka yang ingin menggunakannya, boleh membuat tempahan di Kaunter Unit Multimedia, Aras 2.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk tujuan latihan dan acara rasmi yang bersesuaian. Bilik Latihan ini terletak di Aras 2, Unit Multimedia dan boleh menempatkan seramai 40 orang dalam satu masa.

Bilik Karel disediakan di Aras 3.  Terdapat dua (2) cara penggunaan bilik karel.  Pertama, bilik karel yang digunakan secara harian.  Penggunaannya secara percuma dan urusan pendaftaran dilakukan di Kaunter Perkhidmatan Jurnal, Aras 3.  Kedua, bilik karel yang boleh disewa selama sebulan.  Kos sewaan ialah RM10.00 dan cagaran RM5.00.  Urusan penyewaan dibuat di Kaunter Perkhidmatan Jurnal, Aras 3.

Terdapat lapan belas (18) buah bilik diskusi yang disediakan iaitu tiga (3) buah di Aras 4, sepuluh (10) buah di Aras 3 dan lima (5) buah di Aras 2.  Penggunaan Bilik Diskusi adalah percuma.  Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem tempahan bilik diskusi perpustakaan UKM (drbs.ukm.my). Pelanggan boleh mengambil kunci bilik diskusi di kaunter perkhidmatan mengikut lokasi bilik tersebut.

Perkhidmatan ini disediakan di Unit Multimedia, Aras 2.  Pelanggan boleh membuat salinan bercetak atau mengimbas maklumat dari bahan mikrofilem dan mikrofis.  Maklumat yang diimbas boleh dicetak terus atau dimuat turun ke “pendrive” pelanggan.  Muat turun adalah percuma dan bayaran 0.50 sen dikenakan untuk salinan bercetak.  Tesis dan latihan ilmiah tidak boleh disalin cetak atau dimuat turun.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan di siber@ptsl untuk mengakses bahan daripada internet termasuk pangkalan data dalam talian dan e-mel.  siber@ptsl juga ada menyediakan komputer untuk penaipan dan mencetak kertas projek, tesis dan sebagainya.  Pelanggan juga boleh membaca CD-ROM multimedia dan sebagainya yang diperoleh oleh perpustakaan.

Ruang Baca 24 Jam ini terletak di Dataran Tun Seri Lanang.  Dataran ini menyediakan ruang membaca terbuka yang luas.  Dataran ini juga sesuai untuk tujuan perbincangan kerana ruang membaca di dalam perpustakaan tidak membenarkan pelanggan mengadakan perbincangan kecuali di bilik perbincangan.  Peti minuman disediakan di penjuru dataran.  Pengguna juga boleh mengakses internet melalui Wi-Fi di ruang ini.

Ruang ini terletak di Aras 4 bersebelahan Koleksi Rujukan dan boleh juga diakses melalui Jalan Lingkungan Ilmu. Ruang ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan mempunyai ruang membaca yang selesa. Perkhidmatan percetakan Kwik Print juga disediakan di ruang ini.

Anjung Ilmu PTSL boleh digunakan oleh semua pelanggan perpustakaan.  Kemudahan yang terdapat di sini ialah dua (2) buah bilik perbincangan yang memuatkan lapan (8) orang setiap bilik dan dua belas (12) meja karel yang dilengkapi dengan kemudahan punca kuasa dan WiFi untuk kegunaan pelanggan.

Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji yang terletak di Aras 4 menempatkan Koleksi Tun Ahmad Sarji yang boleh digunakan oleh semua pelanggan perpustakaan. Menyediakan ruang rujukan yang luas dan selesa, ruangan ini juga sesuai untuk pelanggan yang ingin mengadakan perbincangan.

Perpustakaan menyediakan tiga (3) kaedah sewaan lokar:

  1. Lokar Layan Diri boleh diguna secara percuma.
  2. Lokar Bulanan berkunci dengan kadar sewa RM5.00 sebulan dan deposit RM15.00.
  3. Lokar Harian boleh diguna secara percuma dan pendaftaran perlu dilakukan di Kaunter Pemeriksaan Masuk/ Keluar Aras 4.

Sekiranya kunci lokar hilang bagi:

  1. Lokar bulanan, deposit tidak akan dipulangkan.
  2. Lokar harian, pelanggan perlu membayar RM50.00 untuk menggantikan kunci yang hilang.

Perpustakaan menyediakan sebuah mesin pinjaman dan pemulangan layan diri untuk memudahkan pelanggan perpustakaan meminjam dan memulangkan bahan secara layan diri tanpa perlu ke Kaunter Pinjaman dan Pemulangan. Mesin layan diri ini ditempatkan di Aras 4.

Makmal latihan yang boleh memuatkan 35 orang peserta ini terdapat di Aras 4, Unit Pendidikan Pelanggan. Terdapat juga makmal latihan di siber@ptsl yang boleh memuatkan 40 orang peserta. Kursus Kemahiran Maklumat anjuran PTSL diadakan di makmal ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kemudahan ini boleh digunakan untuk tayangan dan acara rasmi yang bersesuaian.  Bilik ini boleh menempatkan kira-kira 150 orang.  Ia terletak di Aras 4, Unit Pendidikan Pelanggan.

Ia memberi kemudahan asas kepada pelajar OKU (Cacat Penglihatan) bertempat di Aras 4 berhampiran dengan Meja Penasihat Pembaca.  Perpustakaan menyediakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan perisian JAWS.

Liputan Wi-Fi disediakan di semua aras di perpustakaan.

Sebuah kafe disediakan di Dataran Tun Seri Lanang.  Kafe ini menyediakan makanan dan minuman untuk pelanggan yang memerlukannya.  Pelanggan boleh makan dan minum di dalam kafe tersebut atau di Dataran Tun Seri Lanang dan tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman manis ke dalam perpustakaan.

Perpustakaan juga menyediakan mesin layan diri di Ruang 24 Jam untuk memudahkan pelanggan makan dan minum.

Surau Tun Seri Lanang terletak di Aras 2 (luar bangunan perpustakaan). Terdapat surau di dalam premis perpustakaan di Aras 3 berdekatan dengan Mahkamah Moot.

Perpustakaan Lain di Kampus UKM

Alam & Tamadun Melayu

Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu (PATMA)

Tujuan penubuhannya adalah untuk menyokong pengajian, penyelidikan dan pentadbiran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) disamping mengumpul segala bahan berkaitan alam dan tamadun Melayu.  Idea penubuhannya tercetus daripada satu Program Penyelidikan dan Dokumentasi yang telah dirangka oleh mantan Pengarah ATMA yang pertama, Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. 

Ketika awal penubuhan, Perpustakaan ATMA hanya mempunyai 30,000 naskhah koleksi bahan dan kini pada tahun 2018 koleksi tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 85,000 naskhah merangkumi pembelian bahan dari dalam dan luar negara, sumbangan, hadiah mahupun pertukaran. Perpustakaan ATMA mempunyai beberapa koleksi bahan iaitu Koleksi Am, Koleksi Bahasa Melayu, Koleksi Wan Hashim Wan Teh, Koleksi Rujukan, Koleksi Terbitan Bersiri, Koleksi Khas, Koleksi N.A.Halim, Koleksi Wiramanja, Koleksi Sastera Sunda dan Koleksi Saad Shukri.

Perpustakaan ATMA kini ditempatkan di Aras 2 dan 3, Bangunan ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Mulai tahun 2010, Pejabat Am Perpustakaan ATMA ditempatkan di Aras 2 manakala Kaunter Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan bahan ditempatkan di Aras 3.

Dr. Abdul Latif

Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL)

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian serta Fakulti Farmasi.  Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.

Objektif penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang perubatan, sains kesihatan, pergigian dan farmasi bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur.  Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3,716 meter persegi menyediakan kira-kira 420 ruang membaca.

Undang-Undang

Perpustakaan Undang-Undang 

Perpustakaan Undang-Undang ditubuhkan sebagai unit pada Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang.  Pada Jun 1996, unit ini telah berpindah ke bangunan baru terletak di Fakulti Undang-Undang.  Sejak itu unit berkenaan telah berfungsi sebagai perpustakaan cabang dengan objektif utamanya adalah bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Undang-undang dengan koleksi  bahan-bahan terkini dalam bidang perundangan.

Koleksi Perpustakaan Undang-Undang terdiri daripada buku, statut, laporan undang-undang, tesis,  jurnal dan koleksi pandang dengar.   Perpustakaan ini juga memiliki koleksi khas seperti Koleksi Hooker, Koleksi YM Tengku Ahmad Rithauddeen dan Koleksi YM Raja Aziz Addruse. Perpustakaan Undang-Undang juga melanggan pangkalan data khusus dalam bidang undang-undang seperti Lexis Advance,  Westlaw Asia, , Lawnet On-Line Law Library, Heinonline, Current Law Journal dan e-buku.

HCTM

Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PHCTM)

Perpustakaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM (PHCTM PPUKM) mula beroperasi pada 14 Julai 1997 selaras dengan penubuhan Pusat Perubatan UKM dengan matlamat untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Kampus Kesihatan serta menyokong keperluan maklumat para profesional perubatan dalam memberi rawatan kepada pesakit di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM.  PHCTM PPUKM terletak di Aras 3, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, Pusat Perubatan UKM, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

PHCTM PPUKM beriltizam untuk mempertingkatkan perkhidmatan kepada semua pelanggan iaitu kakitangan akademik, pelajar prasiswazah, pascasiswazah dan kakitangan kumpulan pengurusan dan pelaksana.  Selain itu, Pustaka Maya Perubatan PPUKM yang dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2000, merupakan satu usaha perpustakaan untuk merealisasikan konsep “Perpustakaan Tanpa Sempadan”.  Perkhidmatan Pustaka Maya kini ditingkatkan menjadi sebuah portal yang membolehkan sumber maklumat dalam bidang perubatan dan sains kesihatan dicapai secara dalam talian serta diuruskan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Portal perpustakaan ini boleh dicapai di alamat http://lib.hukm.ukm.my.  Semua pelanggan iaitu kakitangan dan pelajar UKM perlu mendaftar secara dalam talian sebelum menggunakan perkhidmatan ini.

Lingkungan Kedua

Perpustakaan Lingkungan Kedua (PL2)

Perpustakaan Lingkungan Kedua telah ditubuhkan pada 2012 dan memulakan perkhidmatannya pada 9 September 2013.  Perpustakaan ini menguruskan sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti dalam bidang kejuruteraan, senibina, teknologi dan sains maklumat.

Perpustakaan yang terletak di Lingkungan Kedua UKM, berkongsi bangunan dengan Pusat Pengurusan Akademik, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan Pelajar.  Bangunan ini setinggi tujuh (7) aras dengan perpustakaan berada di Aras 2 hingga 5 dengan keluasan 4,042 meter persegi.

Praklinikal

Perpustakaan Praklinikal

Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di Aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula pada 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, dan Mikrobiologi & Immunologi.

Pada 17 Januari 2017, Bahagian Perolehan dan Bahagian Pengkatalogan mula beroperasi  di Perpustakaan Praklinikal. Terdapat sebanyak lima (5) orang kakitangan sokongan dan dua (2) orang pustakawan di perpustakaan ini. Sehingga kini, terdapat hampir 5,000 jumlah naskhah bahan di perpustakaan ini termasuk koleksi am, tesis dan jurnal kebelakangan.

Waktu Operasi
Isnin  – Khamis
8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat 
8.00 pagi – 12.15 petang
2.45pm – 4.30pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Waktu Operasi Perpustakaan Utama dan Cawangan Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Isnin  – Ahad
TUTUP

Sabtu Minggu Petama dan Cuti Umum
TUTUP

Perpustakaan Tun Seri Lanang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89213446
Faks: +603 89256067
Whatsapp/Telegram: +60192045652
(8.00 pagi – 5.00 petang Isnin hingga Jumaat sahaja)
E-mel: helpdeskptsl@ukm.edu.my