Search
Program Yang Ditawarkan
  • Antropologi dan Sosiologi
  • Geografi
  • Sains Pembangunan
  • Pengurusan Persekitaran
  • Kajian Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu
  • Pengurusan Persembahan Seni
  • Kerja Sosial
  • Pembangunan Manusia
  • Psikologi
  • Linguistik
  • Pengajian Bahasa Inggeris
  • Pengajian Strategi dan Keselamatan
  • Sains Politik
  • Sejarah
  • Komunikasi

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Komunikasi Perubahan Tingkah Laku Kesihatan (SPKPTLK)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pengajian: Sepenuh Masa

PROGRAM SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

RINGKASAN PROGRAM

Program Doktor Falsafah di FSSK ditawarkan meliputi pelbagai bidang pengajian yang ditunjangi oleh enam Pusat Kajian. Calon boleh memilih untuk melanjutkan pengajian siswazah untuk meningkatkan kepakaran dan mutu kerjaya dalam bidang kajian yang dipilih. FSSK mampu menghasilkan bakal penyelidik yang berpotensi dan berkebolehan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

FSSK terletak di kampus UKM di Bangi, Selangor, 35 km ke selatan Kuala Lumpur. FSSK merupakan salah satu pusat kecemerlangan yang melahirkan pemimpin yang berfikiran kritis dan kreatif.

Pembelajaran di FSSK adalah berlandaskan kemahiran berfikir dan penyertaan dalam pembelajaran secara aktif. FSSK mempunyai rekod prestasi yang membanggakan dan ianya telah  dibuktikan dalam sesi pengajaran, penyelidikan dan penerbitan, serta kemampuan siswazah itu sendiri. Kami juga menawarkan kepada pelajar persekitaran yang kondusif, menyokong dan mendorong pelajar siswazah untuk berjaya dalam pembelajaran yang mereka pilih. FSSK juga merupakan sebuah fakulti yang telah melahirkan beberapa cendekiawan terkemuka di Malaysia, yang kebanyakannya adalah pakar bidang yang terkenal di mata dunia, nasional dan antarabangsa kerana hasil daripada penyelidikan mereka. Maka tidak hairanlah bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan status ‘Universiti Penyelidikan’ kepada UKM.

FSSK juga komited untuk melengkapkan pelajarnya dengan kaedah pembelajaran yang paling berkesan. Ilmuan di FSSK percaya bahawa setiap pelajar adalah individu, dan pembelajaran adalah perjalanan peribadi seseorang. Oleh itu, kami di FSSK akan membantu pelajar untuk lebih memahami sesis pembelajaran dalam masa yang sama membantu mereka untuk memahami dan membina motivasi dalam diri masing-masing.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau
  6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  7. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program kedoktoran hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana di bawah subperaturan 6(a) secara sepenuh masa di Universiti dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/ Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/ Pengarah; atau
  4. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/ Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau
  6. Memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan
  7. Memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?
  1. Bekerjasama rapat dengan ahli fakulti yang menyelia penyelidikan.
  2. Salah satu universiti yang berintensifkan penyelidikan terbesar di Malaysia.
  3. UKM terlibat dalam penyelidikan bertaraf dunia merentasi pelbagai disiplin.
  4. Kami adalah salah satu daripada 100 universiti teratas di dunia/QS World University Rankings 2020.
Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu pada Oktober (kemasukan Mac tahun berikutnya) dan April (kemasukan Oktober).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ijazah: Doktor Falsafah (PhD)

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia

Tel : +603-8921 5144 / 5145 / 4527
Faks : +603-8925 2836
Email: shadira@ukm.edu.my / siswazahfssk@ukm.edu.my Website : www.ukm.my/fssk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik