Penuh dengan tarikan
Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang penuh dengan tarikan. Pelancong mendapati bandar ini mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kebiasaannya, apa yang terlintas di fikiran mereka adalah pencakar langit yang hebat seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara KL, kompleks membeli-belah mewah di Bukit Bintang, dan taman tasik yang unik bagi mereka yang inginkan ketenangan – Taman Botani Perdana.
Cheras juga terkenal dengan tempat makan dan trak makanan yang berkilauan pada waktu malam. Pelajar kampus UKM di Jalan Raja Muda Abdul Aziz juga dapat mencari makanan yang lazat di sekitar Kampung Baru. Malahan, mereka yang berada di Bangi juga dapat menikmati beberapa tempat tarikan seperti Taman Tasik Cempaka dan IOI City Mall untuk keluar bersama rakan-rakan.
MYR 1 = 0.23 Dolar Amerika Syarikat (pada tahun 2020)
Kos sara hidup
Kos sara hidup | Bangi | Kuala Lumpur |
Sewa pangsapuri | RM1000 – RM1500 | RM1000 – RM2000 |
Utiliti | RM300 | RM400 |
Barangan runcit / makanan / makan di luar | RM300 | RM400 |
Perbelanjaan peribadi / pakaian / buku | RM300 | RM400 |
Pengangkutan | RM200 | RM300 |