Kolej Kediaman Pendeta Za'ba
Fakta Pantas
Kolej Pendeta Za’ba atau lebih dikenali sebagai KPZ adalah merupakan kolej kediaman terbesar dan paling bongsu kepada 12 buah kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Nama Kolej Pendeta Za’ba ini diambil sempena nama seorang pendeta ilmu dan nasionalis Melayu tersohor iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba yang dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.
Kehidupan Di Kolej
Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.
Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.
Kemudahan
- Wifi
- Bilik Perbincangan
- Perpustakaan Mini
- Dobi Layan Diri
- Kafeteria
- Surau
- Kemudahan Sukan
- Dewan Besar Za’ba
- Bilik Seminar Tun Abdul RahmanYa’kub
- Bilik Seminar Tun Abdul Razak
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Wacana
- Pejabat Majlis Eksekutif Pelajar
- Bilik Karya Budaya
- Studio Muzik Ibnu Sina
- Perpustakaan Ibn Rushd
Mendaftar Masuk
- Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
- Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
- Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
- Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
- Kunci bilik;
- Borang inventori kemudahan asas bilik;
- Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
- Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.
Rumah Tamu
Kolej Pendeta Za’ba menawarkan Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.
Jenis Rumah Tamu:
KPZ Inn – RM130/semalam
Antara kemudahan yang disediakan adalah katil bersaiz queen, TV (Astro), penyaman udara, pantri dan bilik air dengan pemanas air
Asrama
Pangsasiswa
Pangsarama
Rumah Tamu
Kadar bilik
Pelajar Tempatan | Pelajar Antarabangsa |
Prasiswazah Asrama – RM3.50/hari Pangsasiswa – RM5.00/hari Pangsarama – RM5.00/hari | Prasiswazah Asrama – RM7.00/hari Pangsasiswa – RM8.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari |
Pascasiswazah Asrama – RM6.00/hari Pangsasiswa – RM7.50/hari Pangsarama – RM7.50/hari | Pascasiswazah Pangsasiswa – RM12.00/hari Pangsarama – RM11.00/hari |
Cara memohon
- Syarat Mendapatkan Penginapan:
- Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
- Cara Menempah Bilik Penginapan
- Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
- appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
- appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
Garis Panduan Kolej Kediaman
Tanpa menjejaskan peruntukan lain di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan UKM, statut-statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Universiti, seseorang pelajar yang diberikan kemudahan tempat tinggal di kolej kediaman hendaklah mematuhi Arahan-Arahan Kolej kediaman ini.
Pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan Arahan-Arahan Kolej kediaman ini boleh diambil tindakan tatatertib, atau dikenakan hukuman tatatertib terus di bawah Kaedah-Kaedah UKM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
- Penempatan pelajar di kolej kediaman adalah SATU KEMUDAHAN yang disediakan kepada pelajar mengikut kekosongan bilik penginapan.
- Pelajar tidak akan ditawarkan penempatan di kolej kediaman jika didapati melanggar peruntukan Arahan-Arahan Kolej kediaman.
- Pelajar tahun satu prasiswazah bagi setiap sesi adalah WAJIB mendaftar dan menginap di kolej kediaman pada semester satu dan semester dua.
- Pelajar tahun dua dan ke atas hendaklah membuat permohonan dan pengesahan untuk menginap di kolej kediaman.
- Pelajar tahun dua dan ke atas yang telah mendaftar masuk ke kolej kediaman hendaklah menginap di kolej tersebut bagi tempoh satu semester penuh.
- Pelajar hendaklah memperolehi kebenaran bertulis daripada pengurusan kolej sekiranya hendak keluar dari kolej kediaman sebelum tamat tempoh satu semester dan bayaran yuran penginapan tidak akan dikembalikan. Rujuk pekeliling Bendahari bil 11/2017.
- Pelajar yang ingin berpindah kolej (dalam semester) perlu mendapat kebenaran daripada kedua-dua pengurusan kolej kediaman yang terlibat.
- Kemudahan asas untuk bilik penginapan pelajar adalah seperti katil, tilam, almari, meja belajar, kerusi belajar, papan kenyataan, penyangkut tuala dan rak buku.
- Sebarang kesalahan yang berkaitan dengan arahan-arahan kolej kediaman boleh menyebabkan pelajar berkenaan dikenakan tindakan tatatertib termasuk tidak dibenarkan menginap di kolej. Senarai larangan adalah merujuk di Lampiran 1.
- Semua pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan penginapan bagi sesi seterusnya pada setiap akhir semester kedua. Pelajar yang gagal berbuat demikian selepas tempoh yang ditetapkan, adalah dianggap menolak tawaran tersebut.
- Seseorang pelajar yang telah menerima tawaran kemudian membuat pembatalan adalah tertakluk kepada kadar denda seperti yang telah ditetapkan dalam Jadual 3.
- Pelajar yang menolak tawaran tetapi membuat permohonan semula (kolej yang sama) akan dikenakan bayaran denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.
- Garis panduan permohonan dan pengesahan penginapan di kolej kediaman seperti di Lampiran 3.
- Pelajar yang gagal penginapan boleh membuat rayuan dengan merujuk pusat perumahan pelajar dan kolej kediaman.
- Pelajar hendaklah membuat pendaftaran penginapan di kolej kediaman dalam tempoh yang ditetapkan pada waktu pejabat.
- Pelajar yang telah mendaftar di kolej kediaman dikenakan kadar bayaran seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.
- Semua bayaran penginapan adalah tanggungjawab pelajar.
- Pelajar yang gagal atau tidak menjelaskan bayaran penginapan adalah dianggap berhutang kepada Universiti dan boleh dikenakan sekatan yang dikuatkuasakan oleh Universiti termasuklah:
- Tidak dibenarkan mendaftar pengajian dan penginapan kolej bagi semester berikutnya;
- Tidak boleh mendapat keputusan peperiksaan;
- Tidak boleh mendapat transkrip dan skrol; dan
- Tidak boleh menghadiri majlis konvokesyen.
- Pelajar yang menginap di kolej kediaman semasa cuti semester hendaklah menjelaskan bayaran penginapan semasa memulangkan kunci atau selewat- lewatnya satu minggu selepas memulangkan kunci. Apa-apa bayaran yang tidak dijelaskan adalah dianggap hutang kepada Universiti dan boleh dikenakan tindakan seperti di perkara 4.4.
- Garis panduan pendaftaran penginapan bagi pelajar baharu dan pelajar tahun dua ke atas, adalah merujuk di Lampiran 3.
- Pelajar hendaklah mengosongkan bilik pada tarikh akhir sesi akademik yang telah ditetapkan oleh Universiti.
- Semasa mengosongkan bilik, pelajar hendaklah:
- Memastikan bilik dalam keadaan bersih;
- Mengambil barang-barang milik pelajar sendiri;
- Barang yang ditinggalkan dianggap tidak diperlukan dan akan dilupuskan;
- Sebelum meninggalkan bilik, semua suis elektrik hendaklah ditutup;
- Pelajar hendaklah menyerahkan kunci bilik kepada kakitangan di kaunter kolej kediaman pada waktu pejabat;
- Pelajar yang gagal memulangkan kunci bilik hendaklah membayar denda mengikut kadar harian yuran penginapan seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1;
- Pelajar yang kehilangan kunci hendaklah membayar denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.
- Sekiranya pelajar memerlukan penginapan di kolej kediaman selepas tarikh tamat menginap, pelajar dikehendaki membuat permohonan untuk menginap di kolej kediaman bagi tempoh yang diperlukan.
- Pengurusan Kolej boleh memasuki dan memeriksa bilik pelajar pada bila-bila masa.
- Felo Penghuni yang mendapat kebenaran Pengurusan Kolej boleh memasuki dan memeriksa bilik pelajar pada bila-bila masa.
- Semasa melakukan pemeriksaan bilik pelajar di kolej kediaman pihak yang mendapat kebenaran Pengurusan Kolej :
- Boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain untuk membantunya melakukan pemeriksaan bilik tersebut.
- Boleh melakukan pemeriksaan bilik pelajar yang bertentangan jantina dengannya tetapi hendaklah membawa bersamanya orang lain yang sama jantina dengan pelajar bilik yang diperiksa.
- Penghuni atau mana-mana pihak tidak boleh melakukan apa-apa untuk menghalang atau melarang seseorang orang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik penginapan bagi menjalankan tugas, kewajipan atau tangungjawabnya di dalam bilik tersebut.
- Pelajar hendaklah mematuhi waktu senyap di kolej kediaman dari jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.
- Pelajar yang didapati membuat bising semasa waktu senyap akan dikenakan denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.
- Pelajar hendaklah menyemak inventori harta benda di dalam bilik tersebut lengkap dan berkeadaan baik, menandatangani serta mengembalikan borang dalam jangka waktu yang telah ditetapkan oleh kolej kediaman.
- Pelajar yang gagal mengembalikan borang inventori dianggap telah memperaku inventori harta benda di dalam bilik tersebut lengkap dan berada dalam keadaan baik.
- Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kemudahan asas penginapan kepada kolej kediaman melalui saluran yang ditetapkan oleh kolej kediaman.
- Jika seorang pelajar didapati merosakkan kemudahan asas bilik dengan sengaja dikehendaki membayar gantirugi mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Universiti. Rujuk jadual 2.
- Pelajar bertanggungjawab menjaga kemudahan asas bilik penginapan yang disediakan oleh Universiti.
- Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik masing-masing dan persekitaran kolej kediaman.
- Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis kolej kediaman dengan cermat. Sekiranya didapati melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan atau pada apa-apa benda atau kelengkapan di dalamnya akan didenda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.
- Pelajar tidak dibenarkan menampal poster, notis atau apa-apa pengumuman di mana-mana bahagian kolej kediaman kecuali di papan kenyataan kolej kediaman dengan kebenaran Pengurusan Kolej.
- Pelajar hendaklah memakai kad kolej semasa berada di kolej kediaman.
- Pelajar yang kehilangan, salah guna atau gagal mempamerkan kad kolej kediaman bagi sebarang urusan di kolej kediaman boleh didenda. Rujuk Jadual 3.
- Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad dengan serta merta kepada pihak pengurusan kolej.
- Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan tidak menjolok mata semasa berada di kawasan kolej kediaman dan mengikut panduan pakaian seperti di Lampiran 2.
- Seseorang pelajar boleh memakai purdah di dalam Kampus setelah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Naib Canselor atau mana-mana orang yang diberi kuasa, kecuali dalam ketika:
- pengenalan diri apabila diarahkan oleh pihak berkuasa tatatertib Universiti atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Universiti;
- menghadiri sesi pengajaran dan pembelajaran termasuklah peperiksaan;
- menjalankan ujikaji di dalam makmal;
- menghadiri majlis rasmi anjuran Universiti atau anjuran mana-mana pihak yang dibenarkan oleh Universiti di dalam atau di luar kampus; dan
- dalam mana-mana keadaan yang difikirkan patut dan perlu oleh Universiti.
- Permohonan untuk kebenaran khas memakai purdah hendaklah dibuat oleh pelajar dengan menyatakan sebab hendak berpakaian purdah dengan bukti dan dokumen sokongan.
Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar dan mendapatkan pelekat kenderaan UKM dari Bahagian Keselamatan UKM.
- Pelajar yang memiliki kenderaan bermotor hendaklah mendaftar dan mendapatkan pelekat kenderaan kolej kediaman di kolej kediaman masing-masing.
- Kedua-dua pelekat kenderaan hendaklah dipamerkan pada kenderaan masing-masing setiap masa.
- Pelanggaran perkara di atas boleh dikenakan denda seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.
- Tiada pelajar dibenarkan meninggalkan kenderaan (abandon car)
- Pelajar hendaklah sentiasa mengunci bilik masing-masing dan sebarang pencerobohan atau kecurian kerana kecuaian tidak mengunci bilik adalah di atas tanggungjawab pelajar sendiri.
- Pelajar hendaklah melaporkan semua kejadian pencerobohan atau kecurian kepada pihak kolej kediaman dan Bahagian Keselamatan UKM. Garis Panduan untuk mencegah kecurian boleh merujuk di Lampiran 3.
- Pelajar boleh membuat laporan polis jika berlaku pencerobohan atau kecurian.
- Pelajar yang melanggar perkara 16.1 boleh didenda seperti ditetapkan dalam Jadual 3.
- Setiap pelajar hendaklah memahami Pelan Tindakan Kecemasan yang disediakan oleh Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) merujuk kepada Lampiran 4.
- Setiap pelajar hendaklah mematuhi semua arahan kecemasan yang ditetapkan oleh Universiti.
- Mana-mana pelajar yang menyedari berlaku kebakaran di premis kolej kediaman hendaklah dengan serta-merta memberitahu kolej kediaman dan Bahagian Keselamatan Universiti. Garis panduan jika berlaku kebakaran adalah merujuk di Lampiran 3.
- Jika seorang pelajar ditemui cedera sama ada kerana terjatuh semasa bersukan, terjatuh semasa menjalankan aktiviti di kolej kediaman atau apa-apa kemalangan yang memerlukan rawatan lanjut, diserang sawan atau penyakit serius, hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan kolej dan membawanya ke Pusat Kesihatan UKM atau ke hospital terdekat.
Hubungi talian kecemasan mengikut kesesuaian seperti berikut.
i. | Jabatan Pembangunan dan Prasarana UKM | 03 – 8921 3333 |
ii. | BOMBA (Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia) | 03 – 8925 4444 atau talian terus 994 |
iii. | Bahagian Keselamatan | 03 – 8921 444/4666 |
iv. | Pusat Kesihatan | 03 – 8921 4555 |
v. | Pegawai Perubatan Bertugas | 012-6485541 |
vi. | Polis dan Ambulan | 999 |
vii. | Pertahanan Awam | 991 |
vii. | Dari Telefon Bimbit | 112 |
Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman
Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP
Kolej Kediaman Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor
Tel: +603 89216851
Faks: +603 89216846
E-mel: kpz@ukm.edu.my