Search

Fakulti Farmasi

Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian #

RINGKASAN PROGRAM

Program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian dijalankan bagi memberi latihan profesional bagi ahli farmasi masa hadapan secara sepenuh masa. Farmasi adalah bidang multidisplin  yang menyatukan pengetahuan sains perubatan dan kesihatan, kimia ubat-ubatan, perumusan ubat-ubatan, dan pencegahan dan pengurusan penyakit dalam penjagaan pesakit. Selain pengetahuan asas yang berkenaan, pada tahun-tahun seterusnya anda juga akan mempelajari proses pembuatan ubat, kaedah untuk menganalisis kualiti produk ubat, pendekatan dalam pengurusan terapi ubat pesakit, dan menjalankan penyelidikan. Dalam latihan tahun akhir, anda akan menjalani latihan sebenar berdasarkan pengalaman dalam pengilangan produk farmaseutikal, pengurusan perniagaan farmasi, penyampaian perkhidmatan farmasi di hospital dan kedai komuniti, pengurusan terapi pesakit sebenar dan penerapan polisi yang berkaitan dengan farmasi di mana semua ini akan melengkapkan anda dengan kemahiran pengurusan ubat yang berkualiti yang memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit yang berkualiti.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

340

850

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Scientific Basis of Diseases
Human Biochemistry
Formulation Sciences
Chemistry of Drugs
Introduction to Pharmacy Profession
Microbiology
Basic Pharmacology and Toxicology
Dosage Design & Development I
Drug Design and Development
Professional Communication and Patient Education

Immunology
Pharmacology of the Peripheral Nervous System
Pharmacotherapy of Endocrine Disorders and Autacoids
Dosage Design & Development II
Pharmacopoeia Methods for Drug Analysis
Traditional and Complementary Medicines
Approach to Clinical Pharmacy
Pharmacotherapy of Infection
Infestation & Immune
Disorders
Pharmacotherapy of Renal and Genitourinary Disorders
Dosage Design & Development III
Spectroscopic Techniques for Drug Analysis
Legislation ethics and policies in Pharmacy

Pharmacotherapy of Central Nervous System Disorders
Pharmacotherapy of Cardiovascular and Respiratory Disorders
Statistics and Research Methodology
Quality Assurance of Pharmaceutical
Community Pharmacy Practice
Specialised Pharmacy Services I
Pharmaceutical Care of Special Population
Research Project I
Pharmacotherapy of Gastrointestinal Disorders
Pharmacotherapy of Musculoskeletal and Integumentary Disorders
Pharmacotherapy of Oncology and Haematology
Specialised Pharmacy Services II
Pharmacoepidemiology and Pharmacoeoconomics
Pharmaceutical Biotechnology and Radiopharmaceuticals

Research Project II
Industrial Pharmacy
Quality Assurance of Herbal Medicines
Public Health Pharmacy
Specialised Pharmacy Services Clerkship
Pharmaceutical Industrial Training
Medicine Management and Community Pharmacy Clerkship
Clinical Pharmacy and Pharmacotherapeutic Clerkship

Pharmacy and Environmental Sustainability
Organisational Skills and Community Service in Pharmacy
Cosmeticeuticals
Drugs in Sports
Drugs of Abuse and Addiction
Pharmacy for Community
Pharmacy Business Administration
Nutrition in Community Pharmacy Practice

Kenali Fakulti

Kemudahan pendidikan kami terletak di Kampus Jalan Raja Muda UKM, Kuala Lumpur. Sepanjang empat tahun bersama kami, anda akan melalui pengalaman pembelajaran di makmal bertaraf dunia, kilang pembuatan mini, pembelajaran aktif dan simulasi klinikal di makmal simulasi, kedai farmasi komuniti didalam kampus dan hospital universiti yang moden  (Hospital Canselor Tuanku Mukhriz). Kampus yang terletak dalam bandar ini juga menempatkan fakulti kesihatan lain seperti Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian. Oleh itu ianya menyediakan platform yang baik untuk anda mengenali pelajar dari program kesihatan lain yang mungkin berakhir sebagai persahabatan sepanjang hayat. Selain daripada kemudahan dalam kampus seperti perpustakaan dan kafe, kampus dalam bandar ini juga turut menawarkan kepelbagaian dengan akses mudah ke banyak tempat-tempat menarik seperti tempat makan dan minum, pusat membeli-belah, taman rekreasi, dewan teater, dan galeri seni. Tempat penginapan pelajar di kampus juga adalah seperti ‘rumah sendiri yang jauh dari rumah’ di mana anda tinggal dan  belajar. Anda juga boleh menemui tempat penginapan peribadi di luar kampus apabila anda semakin mengenali kawasan sekitarnya.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Farmasi
Ijazah : Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7783 / 7782 / 7074
Faks: +603-2698 3271
Emel: rosmizamusa@ukm.edu.my 
Laman Web: www.ukm.my/farmasi

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik