Search

Fakulti Sains Kesihatan

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fisioterapi) #

RINGKASAN PROGRAM

Fisioterapi adalah profesion penting dalam disiplin penjagaan kesihatan dan rehabilitasi. Profesion ini menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai peringkat umur bagi mengekal, meningkat atau mengembalikan keupayaan pergerakan dan kefungsian yang terjejas akibat kecederaan, penyakit, kecacatan atau proses penuaan. Dengan mempelajari fisioterapi, pelajar akan membina kemahiran untuk menilai, mengenal pasti dan merawat masalah pergerakan manusia menggunakan pelbagai alat penilaian dan intervensi terapeutik. Di samping itu, pelajar akan dilatih untuk mendidik komuniti dan masyarakat mengenai gaya hidup aktif bagi mencegah kemerosotan pergerakan yang boleh menyebabkan penurunan kefungsian dan kualiti hidup. Fisioterapi adalah bidang berasaskan klinikal; pelajar akan mendapat peluang mengaplikasikan teori dan kemahiran praktikal yang dipelajari di bilik kuliah ke dalam persekitaran sebenar dan klinikal.

Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

PENDAFTARAN

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

YURAN PENGAJIAN

SEMESTER PERTAMA

SEMESTER SETERUSNYA

JUMLAH YURAN

8

1,200

590

600

2,390

1,190

10,720

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:

Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape

Apa yang anda akan pelajari?

Semester I

NNNP1052 Fizik Gunaan Dalam Elektroterapi
NNNP1092 Aplikasi Terapi Senaman I
NNNP1033 Pengenalan Dan Perkembangan Profesional Dalam Fisioterapi
NNNP1072 Aplikasi Biomekanik
NNPD 1032 Anatomi Manusia
NNPD 1013 Fisiologi Manusia
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti

Semester II

NNNP1083 Anatomi Gunaan & Kinesiologi
NNNP1062 Agen Elektrofizikal Dalam Fisioterapi
NNNP1223 Aplikasi Terapi Senaman II
NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNBB1122 / Kesejahteraan Dan Pengurusan Gaya Hidup*/
NNBB1042 Asas Inovasi Dalam Sains Kesihatan*
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi

Semester I

NNNP2233 Fisioterapi Kardiorespiratori I
NNNP2032 Patologi Asas
NNNP2253 Fisioterapi Neurologi
NNNP2273 Fisioterapi Muskuloskeletal I
NNBB2112/ Bahasa Isyarat*/
NNBB2132 Bahasa Mandarin Peringkat Asas*
LMCW2173 Hubungan Etnik

Semester II

NNNP2243 Fisioterapi Kardiorespiratori II
NNNP2263 Fisioterapi Muskuloskeletal II
NNNP2223 Neurologi Untuk Sains Rehabilitasi
NNNP2222 Farmakolofi Asas
NNBB2222 Rehabilitasi Dalam Komuniti*
NNBB2122 Penulisan Akademik
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data

Semester III

NNBB2432 Projek Komuniti

 

Semester I

NNBB3212 Kaunseling Untuk Sains Rehabilitasi
NNNP3213 Fisioterapi Pediatrik I
NNNP3293 Fisioterapi Isu Khas
NNNP3273 Fisioterapi Rawatan Rapi
NNPD3013 Biostatistik
NNBB3112/ Seksualiti Manusia*/
NNBB3132 Kepelbagaian Budaya *
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)

Semester II

NNNP3263 Fisioterapi Perubatan Am
NNNP3283 Fisioterapi Pembedahan
NNNP3423 Fisioterapi Pediatrik II
NNPD3223 Kaedah Penyelidikan

Semester III

NNNP3084 Latihan Amali Industri

Semester I

NNNP4014 Penempatan Klinikal Khas
NNNP4054 Penempatan Klinikal Perubatan
NNNP4074 Penempatan Klinikal Neurologi
NNNP4095 Projek Penyelidikan I
NNBB4212 Kesepakatan Dengan Keluarga Dalam Rehabilitasi

Semester II

NNNP4225 Penempatan Klinikal Rawatan Rapi Dan Pembedahan
NNNP4044 Penempatan Klinikal Muskuloskeletal
NNNP4024 Penempatan Klinikal Pediatrik
NNNP4245 Projek Penyelidikan II

Kenali Fakulti

Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.

Maklumat Fakulti

Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fisioterapi) #
Tempoh : 4 Tahun

Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik