RINGKASAN PROGRAM
Sains Pemakanan adalah bidang antara displin yang meliputi biologi, tingkah laku manusia, aktiviti fizikal, psikologi, analisis makanan, matematik dan kesihatan. Pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pemakanan) dengan Kepujian di Fakulti Sains Kesihatan dalam tempoh pengajian selama 4 tahun. Pelajar akan mempelajari asas sains pemakanan; pembuatan, pemprosesan serta pengawetan makanan; jenis nutrien makanan yang diperoleh daripada pelbagai jenis makanan; faktor yang mempengaruhi pilihan makanan dan tabiat makanan; kesan metabolik pengambilan makanan terhadap kesihatan; serta polisi dan badan pemantauan kawal selia mengenai pemakanan dan kesihatan. Pegawai dan profesional dari sektor swasta, kerajaan dan NGO (contohnya, Kementerian Kesihatan, NADMA, CDERT, UNICEF) akan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka dengan para pelajar dan mempersiapkan graduan ke dunia pekerjaan pemakanan profesional. Graduan Sains Pemakanan boleh memegang jawatan sebagai ahli pemakanan dan profesion ini adalah di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) bagi memastikan pengamal kesihatan di kawal selia dalam skop amalan yang ditetapkan. Ahli pemakanan mendapat permintaan tinggi berikutan trend yang semakin meningkat di sektor kesihatan dan usaha untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan, obesiti dan penyakit-penyakit kronik yang semakin meningkat di dalam negara.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini
Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Januari hingga April setiap tahun.
Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my
Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Februari sehingga Mei setiap tahun.
Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini
TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER) | PENDAFTARAN | AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN | YURAN PENGAJIAN | SEMESTER PERTAMA | SEMESTER SETERUSNYA | JUMLAH YURAN |
8 | 1,200 | 590 | 600 | 2,390 | 1,190 | 10,720 |
Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional untuk maklumat lanjut di:
Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (PPPLP)
Aras 2, Bangunan Wawasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921 5331/ 5642/ 5329/ 5898/ 3995/ 4661/ 5642/ 5791
Faks: +603-8925 1391
E-mel: marketingpkp@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ukmshape
Semester I
NNPD1013 Fisiologi Manusia
NNPD1032 Anatomi Manusia
NNND1012 Pemakanan Dan Kesihatan
NNND1252 Asas Farmakologi & Toksikologi Makanan
NNND1272 Genetik Dan Pemakanan
NNND 2 Elektif Bidang
LMCR1052 Pembangunan Diri I
LMCR***1 Kursus Citra Luar Fakulti
Semester II
NNPD1022 Sains Tingkahlaku
NNND1022 Asas Sains Makanan
NNND1024 Prinsip Penyediaan Makanan
NNND1222 Pemakanan Sepanjang Hayat
NNND1223 Pemakanan Dan Metabolisme
LMCE1062 / Academic Interactions (MUET Band 3) /
LMCE1072 / Academic Literacy (MUET Band 4) /
LMCE1082 Page To Stage (MUET Band 5 & 6)
LMCR1062 Pembangunan Diri II
LMCW1022 Asas Keusahawanan dan Inovasi
Semester I
NNND2093 Penilaian Status Pemakanan
NNND2213 Asas Terapi Pemakanan Perubatan
NNND2234 Biokimia Klinikal
NNND2272 Keselamatan Dan Peraturan Makanan
NNND2413 Pengurusan Katering
LMCW2173 Hubungan Etnik
Semester II
NNND2082 Imunologi Pemakanan
NNND2223 Analisis Komposisi Makanan
NNND2262 Kaunseling
NNND2462 Komunikasi Pemakanan
NNCC___2 Elektif Pusat
LMCE2082 / Pro Talk English (MUET Band 3) /
LMCE2092 / Speak To Persuade (MUET Band 4) /
LMCE2103 Advanced Communication Project (MUET Band 5 & 6)
LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
LMCW2022 Pengurusan & Analitik Data
Semester I
NNPD3013 Biostatistik
NNND3033 Pemakanan Lanjutan
NNND3073 Teknik Penyelidikan Pemakanan
NNND3093 Amalan Pemakanan Komuniti
NNND3452 Pendidikan Dan Promosi Pemakanan
XXXX 2 Elektif Bebas
NNND 2 Elektif Bidang
LMCE3061 / Corporate Storytelling (MUET Band 3) /
LMCE3071 Professional Communication (MUET Band 4)
Semester II
NNND3022 Komunikasi Saintifik Dan Seminar Pemakanan
NNND3042 Sosiologi Dan Antropologi Pemakanan
NNND3062 Proses Jagaan Pemakanan
NNND3283 Pemakanan Sukan Dan Aktiviti Fizikal
NNND3884 Penyelidikan Sains Pemakanan I
XXXX 2 Elektif Bebas
NNND 2 Elektif Bidang
NNCC 2 Elektif Pusat
Semester I
NNND4233 Tajuk Khas Pemakanan
NNND4433 Klinik Pemakanan Komuniti
NNND4253 Pemakanan Antarabangsa Dan Polisi
NNND4878 Penyelidikan Sains Pemakanan II
Semester II
NNND404C
NNND1112 ASAS KIMIA MAKANAN
NNND1122 PENGENALAN KEPADA EKONOMI
NNND1232 PENGURUSAN ORGANISASI
NNND2112 AEROBIK DAN KECERGASAN
NNND2122 MASAKAN MULTIETNIK DAN ETIKET
NNND2132 PEMAKANAN DAN MEDIA MASSA
NNND3132 PENGURUSAN SISTEM JAGAAN KESIHATAN
NNND4132 PENGURUSAN PEMAKANAN SEMASA BENCANA
NNCC2022 KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN PROFESIONAL
CMIE2013 ASAS USAHANIAGA ASAS I
NNND1142 TARIAN SILANG BUDAYA
Pelajar akan berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli fakulti yang terdiri daripada pelbagai bidang pengkhususan dan melibatkan diri dalam banyak aktiviti pembelajaran berbantukan rakan sebaya yang dimulakan secara sukarela atau diatur. Menariknya, fakulti juga secara aktif menghubungkan pelajar dengan pelajar, program dan profesional lain di peringkat antarabangsa, melalui program pertukaran dan projek yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta membentuk jaringan keserakanan yang berupaya memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Kampus ini terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, kafetaria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk pelajar menjalani sesi pembelajaran, mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya atau berehat di antara waktu rehat kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran Taman Tasik Tititwangsa yang merupakan sebuah taman rekreasi bandar yang tersebar di kawasan seluas 95 hektar dengan tasik berkeluasan 57 hektar. Pelajar akan dapat berehat atau bersenam di taman jika mereka memerlukan suasana berbeza daripada kampus. Fakulti ini juga mempunyai hubungan erat dengan para alumni dan pihak berkepentingan industri untuk membantu membentuk pelajar menjadi profesional dalam bidang kerjaya mereka.
Kampus : Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti : Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah : Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pemakanan) #
Tempoh : 4 Tahun
Hubungi :
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-9289 7038/7602
Faks: +603-2691 4304
Emel: muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/fsk
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +603-8911 8173 / 8027 / 8456
Faks: +603- 8911 8471
Emel: akad@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921-5555
Faks: +603-8921-4097
Email: pkk@ukm.edu.my
© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik