Search
Program Yang Ditawarkan

dalam bidang pengkhususan :

  • Sains Bioperubatan
  • Linguistik Klinikal
  • Pengimejan Diagnostik
  • Dietetik
  • Kesihatan Persekitaran
  • Sains Forensik
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pendidikan Kesihatan
  • Pendengaran & Pertuturan
  • Pemakanan
  • Terapi Carakerja
  • Optometri
  • Fisioterapi
  • Radioterapi
  • Toksikologi

Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa (pelajar tempatan sahaja)
Sepenuh Masa (pelajar antarabangsa)

  • Psikologi Klinikal

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Sains Bioperubatan

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Sains Kesihatan (Pemakanan Kesihatan Awam)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

  • Sains Kesihatan (Pemakanan Klinikal)

Mod Pengajian: Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh Masa

PROGRAM SAINS KESIHATAN

Fakulti Sains Kesihatan

RINGKASAN PROGRAM

Pelajar yang mengikut pengajian di peringkat Sarjana akan melakukan penyelidikan dengan secara kritis bersama Jawatankuasa Penyeliaan yang terdiri daripada ahli akademik.  Topik penyelidikan yang dipilih mestilah asli dan menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan, melalui kaedah penyelidikan saintifik yang bersesuaian.   

Program pengajian sepenuh masa mengambil masa kira-kira tiga hingga empat tahun.  Program pengajian separuh masa boleh mengambil masa sehingga enam tahun.  Ijazah dikurniakan selepas pelajar berjaya mempertahan tesis kajian dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pusat Siswazah UKM dan FSK.

KEHIDUPAN DI FAKULTI

Fakulti Sains Kesihatan di UKM menawarkan program pascasiswazah iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah sepanjang tahun. Pada semester pertama, semua pelajar pascasiswazah perlu mendaftar untuk kursus statistik dan untuk pelajar antarabangsa, mereka perlu lulus kursus Bahasa Malaysia. Fakulti Sains Kesihatan telah dikenali dengan peluang penyelidikan yang banyak, program yang terkini dan pelbagai aktiviti yang diketuai oleh pelajar. Pelajar akan didedahkan kepada anggota kesihatan kampus, dan peluang untuk berhubung dengan rakan daripada program kesihatan yang lain. Kampus ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kehidupan di ibu kota Malaysia. Pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, cafeteria dan ruang rehat pelajar disediakan untuk tujuan belajar, berdiskusi dengan rakan atau berehat di antara kuliah. Tempat penginapan pelajar terletak berhampiran dengan Taman Tasik Titiwangsa iaitu taman rekreasi bandar seluas 95 hektar dengan tasik seluar 57 hektar. Pelajar boleh merehatkan minda atau bersenam di taman jika mereka memerlukan perubahan pemandangan.

Syarat Kemasukan
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/ atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  2. Ijazah Doktor Perubatan atau Doktor Pergigian dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf oleh Senat; atau
  3. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu (APPT); atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan);  dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS

1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:

a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau

b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam tempoh maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .

2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:

a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;

b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Berapakah Jumlah Yuran Pengajian Saya

Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:

Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Faks: +603 8911 8471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my

Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:

Tel: +603-8921 3366/ 4196/ 3997/5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my

Kenapa Memilih Program Ini?

Program ini adalah unik dan terkemuka. Penyelia di dalam bidang ini adalah pakar bidang dan pengalaman serta ilmu pengetahuan yang bakal dicapai akan memberi manfaat kepada karier calon pelajar pada masa hadapan.

Cara Memohon
  1. Calon perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui: http://www.ukm.my/join/
  2. Pengambilan untuk mod kerja kursus dan mod campuran dibuka dua kali setahun, iaitu pada Oktober (kemasukan Mac tahun berikutnya) dan April (kemasukan Oktober).
  3. Permohonan untuk program mod penyelidikan boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun.
  4. Tempoh untuk program Sarjana memerlukan 2 hingga 4 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 4 hingga 8 semester untuk pengajian secara sambilan dan untuk program Doktor Falsafah adalah 6 hingga 12 semester untuk pengajian secara sepenuh masa dan 8 hingga 14 semester untuk pengajian secara sambilan.
Maklumat Fakulti

Kampus: Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Fakulti: Fakulti Sains Kesihatan
Ijazah: Sarjana Sains Kesihatan

Tempoh:

  1. Program Penyelidikan & Mod Campuran – Sepenuh Masa (Min 6 Semester) / Separuh Masa (Min 8 Semester)

Hubungi:
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300, Kuala Lumpur

Tel : +603-9289 7038 / 7983 / 7614 / 7517
Faks: +603-2691 4304
Emel : postgraduate.fsk@ukm.edu.my / muhamadizham@ukm.edu.my
Laman Web : www.ukm.my/fsk

Hubungi

Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia

Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471 
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik

Adakah Anda Sudah Bersedia?

YuranSetahunDua Tahun (Indonesian Sahaja) 
Yuran Pemprosesan1,000.001,140.00
Pas Pelajar60.00120.00
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50)50.00 (max)30.00
Ikad50.00100.00
eVAL150.00150.00
Cukai Perkhidmatan (6%)78.6077.40
Insurans EMGS400.00400.00
Jumlah:1788.602017.40

Ringgit Malaysia (RM) Sahaja

Personal Bond    
RM 2000
CanadaBurkina Faso BurundiDemocraticGuinea-Bissau GhanaNigeria Rwanda Western Sahara
USACameroonCongoLiberiaDjibouti
ColombiaCentral African RepublicCote D’IvoireMaliEquatorial Guinea Ethiopia
AngolaRepublic Congo RepublicEritreaMozambique 
RM 1500
Saudi ArabiaBritish C.IEuropePortugal C.IVietnam
AfricaBruneiIranTaiwan 
AustraliaChinaIraqTunisia 
RM 1000
JapanSouth KoreaMacaoHong Kong 
RM 750
BangladeshPhillipinesIndiaMyanmarNepal
PakistanSri Lanka   
RM 500
Indonesia    
RM 300
Thailand    
RM 200
Singapore    
RM 1500
Yuran untuk negara lain

© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik