Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
Mod Pengajian: Mod Campuran (Kerja Kursus & Penyelidikan)
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
Mod Pengajian:Kerja Kursus
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
Mod Pengajian: Penyelidikan
Bentuk Pendaftaran: Sepenuh & Separuh Masa
RINGKASAN PROGRAM
Program pascasiswazah dibangunkan untuk menghasilkan graduan berpengetahuan tinggi dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat, serta memperbanyakkan kerjasama penyelidikan antara sektor awam / swasta dan universiti.
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menawarkan 2 program iaitu Program Sarjana dan Program Doktor Falsafah. Kaedah pengajian program pascasiswazah adalah seperti berikut:
* Catatan: Program pengajian separuh masa ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.
KEHIDUPAN DI FAKULTI
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat menyediakan persekitaran yang dapat merangsang limpahan idea-idea baru, gaya eksperimen pelbagai, dan sistem yang mantap.
Program pengajaran kami merupakan antara yang terbaik di Malaysia. FTSM juga mempunyai jalinan kerjasama yang kukuh dengan pihak industri bagi membantu memastikan penyelidikan dan pengajaran kami kekal relevan serta selari dengan keperluan masyarakat.
Kehidupan pelajar ijazah dikelilingi pelbagai kemudahan pembelajaran pengkomputeran yang ditempatkan di fakulti. Selain kursus akademik, semua pelajar ijazah akan menyertai pelbagai Kumpulan Minat Khas (SIG) bertujuan memupuk minat dan menggalakkan mereka mengaplikasi dan menyumbang ilmu demi manfaat industri dan masyarakat.
SIG antaranya Kelab Intelligent Machines, Cyber Hack & Ethics dan Video Innovation, memupuk kreativiti dan inovasi pelajar kami. Pada tahun keempat, pelajar akan memulakan projek tahun akhir dan menjalani lima bulan Latihan di Industri.
Kehidupan bagi pelajar pascasiswazah bersekitar kepada tiga pusat penyelidikan di fakulti: Pusat Kecerdasan Buatan (CAIT), Pusat Teknologi & Pengurusan Perisian (SOFTAM), dan Pusat Keselamatan Siber (Siber). Pelajar akan menyertai salah satu pusat penyelidikan ini yang menyediakan persekitaran dan penyelidikan yang kondusif dan membina.
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
Seseorang yang ingin memohon untuk mengikuti program sarjana hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
KEPERLUAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS
1. Calon antarabangsa dikehendaki memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris seperti berikut:
a) Mendapat keputusan TOEFL (550), IELTS (6) atau MUET (4) yang memenuhi skor atau keperluan band minimum yang ditetapkan oleh program; atau
b) Untuk program tertentu, calon dikehendaki menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika dia gagal mencapai tahap yang ditentukan oleh program, calon diwajibkan mengikuti dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM) dalam jangka waktu maksimum dua (2) semester sebelum dia dibenarkan mendaftar program pengajian. Calon hendaklah mendaftar sebagai Pelajar Bukan Siswazah .
2. Fakulti / Institut boleh memberikan pengecualian kepada syarat-syarat yang ditentukan dalam subperaturan (1) untuk calon antarabangsa yang:
a) akan menulis tesis / disertasi dalam bahasa Melayu / Arab;
b) mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf oleh Senat; atau
c) berasal dari negara di mana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi atau calon mempunyai kelayakan akademik yang diperoleh dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Calon boleh dikecualikan dari syarat-syarat yang dinyatakan dalam subperaturan (2), tetapi calon harus menduduki Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris (EPT) dan jika calon gagal memperoleh tahap yang ditentukan oleh program, calon diminta untuk menghadiri dan lulus Modul Kemahiran Bahasa Inggeris (EPM).
Sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM untuk maklumat lanjut:
Tel: +603 8911 8173/ 8027/ 8456
Fax: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Sila hubungi Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional (UKMShape) untuk maklumat lanjut:
Tel: +603-8921 3366 / 4196 / 3997 /5377
Faks: +603-8925 1391
Emel: accpkp@ukm.edu.my
Kampus: Bangi, Selangor
Fakulti: Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Ijazah: Sarjana; Sarjana Sains Komputer; Sarjana Sistem Maklumat; Sarjana Teknologi Maklumat
Tempoh:
Hubungi:
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603 8921 6812 / 7043 / 6785 / 6077
Faks: +603-89256732
Emel: mdfauzi@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/ftsm
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi Selangor
Malaysia
Tel: +603 89118468 / 8389
Faks: +603 89118471
Emel: admission_ppa@ukm.edu.my
Laman Web: www.ukm.my/akademik
Yuran | Setahun | Dua Tahun (Indonesian Sahaja) |
---|---|---|
Yuran Pemprosesan | 1,000.00 | 1,140.00 |
Pas Pelajar | 60.00 | 120.00 |
Yuran Visa (mengikut negara – tidak melebihi RM 50) | 50.00 (max) | 30.00 |
Ikad | 50.00 | 100.00 |
eVAL | 150.00 | 150.00 |
Cukai Perkhidmatan (6%) | 78.60 | 77.40 |
Insurans EMGS | 400.00 | 400.00 |
Jumlah: | 1788.60 | 2017.40 |
Ringgit Malaysia (RM) Sahaja
Personal Bond | ||||
---|---|---|---|---|
RM 2000 | ||||
Canada | Burkina Faso Burundi | Democratic | Guinea-Bissau Ghana | Nigeria Rwanda Western Sahara |
USA | Cameroon | Congo | Liberia | Djibouti |
Colombia | Central African Republic | Cote D’Ivoire | Mali | Equatorial Guinea Ethiopia |
Angola | Republic Congo Republic | Eritrea | Mozambique | |
RM 1500 | ||||
Saudi Arabia | British C.I | Europe | Portugal C.I | Vietnam |
Africa | Brunei | Iran | Taiwan | |
Australia | China | Iraq | Tunisia | |
RM 1000 | ||||
Japan | South Korea | Macao | Hong Kong | |
RM 750 | ||||
Bangladesh | Phillipines | India | Myanmar | Nepal |
Pakistan | Sri Lanka | |||
RM 500 | ||||
Indonesia | ||||
RM 300 | ||||
Thailand | ||||
RM 200 | ||||
Singapore | ||||
RM 1500 | ||||
Yuran untuk negara lain |
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
Tel: +603-8921-5555
Faks: +603-8921-4097
Email: pkk@ukm.edu.my
© Hak Cipta 2021 Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia. Hak cipta terpelihara
Sila gunakan pelayar terbaharu untuk paparan terbaik