Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

 Insan Jauhari Budi Berbakti

Program Kajian Bahasa Melayu

PENGENALAN

Program Kajian Bahasa Melayu menawarkan ilmu teras dan aplikasi dalam kajian linguistik Melayu. Adunan yang komprehensif antara kedua-dua bidang ilmu ini sesungguhnya berkemampuan melahirkan pakar dalam kajian linguistik Melayu dan sekaligus tentu berupaya juga melahirkan graduan yang berfikiran kreatif, inovatif dan memiliki daya tahan kemelayuan yang tinggi.

Program-program Ijazah Sarjana Sastera dijalankan secara kerja kursus dan tesis sarjana, manakala program-program Ijazah Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dijalankan secara tesis sahaja.

Bidang Penyelidikan

Kajian Bahasa Melayu: Fonetik; Fonologi; Morfologi; Sintaksis; Semantik; Dialektologi; Linguistik Sejarah; Sejarah Linguistik; Psikolinguistik; Sosiolinguistik; Etnolinguistik; Pragmatik; Pengajaran Bahasa Melayu; Terjemahan; Leksikografi.