Projek Penyelidikan
Pusat BITARA MELAYU kami telah menjalankan projek penyelidikan yang dibiayai oleh universiti, dan juga dana kerajaan seperti Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) dan Universiti Penyelidikan Geran (GUP), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Sains dan Teknologi, dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa projek penyelidikan utama yang dijalankan oleh pusat pengajian kami pada tahun-tahun kebelakangan ini (2009-2015) berdasarkan tiga bidang utama di pusat pengajian ini:
Bahasa
- Penandaarasan Pengetahuan Linguistik Bahasa Melayu Para Pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Universiti Rajabhat, Yala, Thailand (2014-2016), oleh Zulkifley Hamid.
- Pencerakinan Aspek Lisan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Bumiputera Sarawak (Penutur Natif Iban) di UKMĀ (2013-2014), oleh Shahidi A. Hamid
- Variasi Dialek Melayu Hulu Sungai Pahang (dan Cawangannya): Mencari Bukti Ciri Fosil Linguistik dalam Migrasi Rumpun Melayu (2009-2012), oleh Shahidi A. Hamid.
- Kepupusan Bahasa: Penerokaan Maklumat Fosil Linguistik di Sarawak (2012- 2014), oleh Rahim Aman.
- Bahasa dan Identiti Dunia Melayu-Banjar: Kajian Rentas Geopolitik Model Penambahbaikan Kursus Projek Sarjana dalam Memenuhi GOT (2012-2014), oleh Rahim Aman).
- Merekonstruksi Zaman Moden Bahasa Melayu: Ke Arah Menghasilkan Skema Penulisan Sejarah Bahasa Melayu (2012-2014), oleh Karim Harun.
- Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PPJJ) Program Pengajian Bahasa Melayu, FSSK (2012-2014), oleh Karim Harun.
- Modul Kemahiran Berfikir ke Arah Pemantapan Sahsiah dan Profesionalisme Pelajar (2013-2014), oleh Zulkifley Hamid.
- Pelestarian Bahasa Orang Asli: Modifikasi Teori Kepupusan Bahasa (2011-2012), oleh Saadiah Maalip.
- Pengelasan Baru Kata Kerja Bahasa Melayu: Satu Analisis Morfosemantik (2009-2012), oleh Maslida Yusof.
- Kemahiran Lisan bahasa Inggeris Sebagai bahasa kedua dalam Kalangan Pelajar Melayu di UKM (2009-2011), oleh Shahidi A. Hamid.
Persuratan Melayu
- Pembikinan Penulis Kreatif dalam Kalangan Kanak-Kanak (2012-2014), oleh Mawar Safei.
- Dramaturgical and Visual Arts Perspectives in Malay Absurd Theatre Performances (2012-2015), oleh Mas Rynna Wati Ahmad.
- Etnosentrisme Melayu Dalam Karya-Karya Histografi Melayu Tradisional Terpilih (2012-2014), oleh Zubir Idris.
- Pembinaan Model Pemikiran Berdasarkan Manuskrip-manuskrip Keagamaan Terpilih (2011-2013 ), oleh Zubir Idris.
- Penajian Jejak Kesan Graduan Program Persuratan Melayu Pasca Latihan Industri (2011-2012), oleh Mawar Safei.
Kebudayan dan Kesenian Melayu
- Alat Muzik Melayu Tradisional: Eksplorasi Pembangunan Seni Budaya dalam Genre Muzik Kontemporari (2011-2014), oleh Ab. Samad Kechot.
- Pembinaan Tipologi Model Penulisan Wafak dalam Budaya Perubatan Melayu (2011-2013), oleh Yusmilayati Yunos.
- Kajian Penggunaan Alat Rebab dalam Persembahan Makyung (2012-2012), oleh Ab. Samad Kechot.
- Rebab: Dokumentasi dan Pembangunan Teknologi (2010-2012), oleh Ab. Samad Kechot.