Diskaun Yuran Pendaftaran Pasca Siswazah UKM

Dalam usaha membawa pulang alumni UKM dan memberi kelebihan kepada mereka, Pusat Perhubungan telah mencadangkan pemberian diskaun yuran pendaftaran kepada alumni UKM yang menyambung pengajian pasca siswazah di alma mater. Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil 14/2021 telah meluluskan pelaksanaan diskaun yuran pendaftaran pengajian ini dan akan dilaksanakan bermula kemasukan Oktober 2022.
Fasa pertama ini memberi 15% potongan yuran pendaftaran kepada semua alumni tempatan yang menyambung pengajian di Fakulti/Institut/Pusat dan melalui Pusat pengurusan Akademik (Tidak Termasuk UKM-GSB dan UKM-Shape). Semoga usaha ini dapat meningkatkan bilangan siswazah alumni UKM dan pada masa yang sama mengeratkan semula hubungan universti-alumni.
#ukm
#fssk
#bitaramelayu