Hebahan Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) Pelajar Prasiswazah bagi Semester 1 Sesi 2020/2021
a. Pengendalian kuliah bagi semua 12 Program Prasiswazah pada Semester 1, Sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:
-
- Tahun 1 & Tahun 2, kuliah dijalankan SEPENUHNYA secara dalam talian;
- Tahun 3/Tahun Akhir, kuliah akan diadakan secara HIBRID iaitu dijalankan secara bersemuka (dalam bilik kuliah) atau dalam talian atau gabungan kedua-duanya (kaedah ini adalah mengikut budi bicara pensyarah kursus masing-masing) selain keperluan penyeliaan bagi penulisan Latihan Ilmiah.
b. Pelajar tahun 1 & 2 yang tidak mempunyai kemudahan Komputer atau Laptop, dibenarkan masuk ke Fakulti untuk menggunakan kemudahan komputer di makmal yang disediakan.
c. Pelajar kategori (b) di atas dan pelajar Tahun 3 WAJIB mematuhi perkara-perkara berikut semasa berada di Fakulti:
-
- Sentiasa memakai topeng mulut & hidung;
- Mendaftar di kaunter yang disediakan bagi bacaan suhu badan dan pendaftaran SELangkah @ MySejahtera;
- Menjaga jarak selamat (sekurang-kurangnya 1 Meter) semasa berada di FSSK [Penjarakan Sosial];
- Menggunakan laluan masuk/keluar yang telah disediakan sahaja;
- Kerap mencuci tangan (Pelajar digalakkan membawa sanitasi tangan sendiri);
d. Pengendalian kuliah Semester 2, Sesi 2020/2021 akan dimaklumkan kemudian (tertakluk kepada arahan KPT & Pengurusan Tertinggi UKM serta keadaan semasa);
*Semua aktiviti pelajar akan dipantau oleh Pegawai Insiden (di bawah Jawatankuasa Keselamatan Pekerjaan, FSSK) dan pelajar boleh dikenakan denda sekiranya tidak mematuhi perkara-perkara seperti yang dinyatakan pada perkara c 1-4.
*Pelajar Tahun 1, 2 dan 3 boleh mendaftar ke Kolej Penginapan masing-masing sepanjang Semester 1, Sesi 2020/2021 (maklumat lanjut sila hubungi Pusat Perumahan Pelajar, UKM)
***Pelajar Tahun 1 yang mempunyai jaringan internet yang BAIK di rumah, dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing untuk mengikuti kuliah secara atas talian. Manakala pelajar yang TIDAK mempunyai jaringan internet yang BAIK di rumah atau tidak mempunyai kemudahan Komputer atau Laptop disarankan untuk terus kekal berada di kolej kediaman/UKM untuk mengikuti kelas secara atas talian.
***Pelajar Tahun 2 yang mempunyai jaringan internet yang BAIK di rumah, dibenarkan untuk terus berada di rumah untuk mengikuti kuliah secara atas talian. Manakala pelajar yang TIDAK mempunyai jaringan internet yang BAIK di rumah atau tidak mempunyai kemudahan Komputer atau Laptop disarankan untuk kembali ke UKM dan menginap di Kolej Kediaman untuk mengikuti kelas secara atas talian.
****Pelajar Tahun 3 atau Tahun Akhir digalakkan berada di Kampus pada Semester 1 Sesi 2020/2021.
******FSSK ada menyediakan ruang umum di bilik seminar aras 4 (401-406) bagi mana-mana pelajar yang berada di Kampus untuk menggunakan kemudahan internet bagi mengikuti kuliah secara atas talian.
Sekretariat Prasiswazah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Tarikh: 12 Ogos 2020