PROGRAM KESUSASTERAAN MELAYU
Program Kesusasteraan Melayu merangkumi bidang kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Program ini menerapkan pelbagai ilmu kemahiran yang selari dengan tuntutan pembangunan intelektual, kreativiti dan sahsiah seperti kemahiran pengurusan seminar, kritikan sastera, penyelidikan dan penulisan ilmiah. Disiplin kesusasteraan Melayu ini juga merentas geografi dalam konteks kesusasteraan Asia Tenggara dan kesusasteraan dunia; serta antara disiplin seperti undang-undang, sejarah dan agama khususnya Islam. Program ini menawarkan program-program Ijazah Sarjana Sastera yang dijalankan secara kerja kursus manakala program-program Ijazah Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah dijalankan secara penyelidikan sahaja.