Program ini mengisi keperluan pasaran dengan cara memperkenalkan kursus-kursus dalam program linguistik yang membolehkan pelajar mahir dalam bidang yang berkaitan disiplin linguistik khususnya bahasa. Graduan lulusan Program Linguistik dapat memenuhi banyak pasaran kerja seperti dalam bidang pendidikan, penterjemahan, pentadbiran dan pengurusan. Program Linguistik akan menyumbang dalam pembangunan masyarakat dan mengisi permintaan pasaran yang memerlukan tenaga pekerja mahir yang celik ilmu, celik budaya dan celik teknologi.
Graduan Program Linguistik juga melalui proses menjalankan penyelidikan ilmiah, kerja lapangan dan kertas projek yang mendekatkan mereka dengan realiti semasa. Kemampuan menjalankan penyelidikan dengan baik melalui pengunaan pengetahuan ICT yang efektif, berkomunikasi dengan efektif, berkebolehan memimpin dan bekerja dalam pasukan amat penting sebagai keperluan dalam pekerjaan.
Graduan program Linguistik mempunyai kemahiran teras yang mantap untuk menjalani kursus-kursus lanjutan seperti perhubungan awam, perhubungan antarabangsa, penerbitan, kewartawanan, pendidikan, penulisan kreatif, pengiklanan, penyiaran, penterjemahan, pemasaran dan seni kreatif.
Program Linguistik mempunyai perkaitan dengan program-program akademik lain yang ditawarkan di Pusat Pengajian di peringkat ijazah pertama dan lanjutan.
Visi Program Linguistik
Program Linguistik berperanan untuk melahirkan siswazah yang berketrampilan dalam menangani masalah semasa di samping menjadi modal insan yang boleh membantu membangunkan negara. Mereka adalah pelapis yang bakal menerajui negara pada masa muka.
Misi Program Linguistik
Program Linguistik ingin mejadikan ilmu bahasa sebagai wahana untuk memperkasakan dan mengantarabangsakan identiti nasional, menjadi badan rujukan ilmu bahasa moden di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan menyumbang ke arah usaha mengantarabangsakan bahasa dan sastera tempatan serta menambahkan korpus bahasa.
Matlamat Program Linguistik
Matlamat Program Linguistik adalah untuk:
- Melahirkan siswazah yang mampu berkomunikasi dalam sekurang-kurangnya 2 bahasa.
- Membentuk siswazah yang berakal global dan berakar lokal yang berupaya menjana, menyebar dan mengantrabangsakan khazanah ilmu yang beracuan kebangsaan.
- Mengeluarkan siswazah profesional, relevan, luwes dan berdaya saing serta bersifat pembelajar seumur hidup.
- Melengkapkan siswazah dengan pengetahuan sains bahasa dan strategi mengaplikasikannya secara kreatif demi mengisi keperluan negara dalam era sains dan teknologi.
- Menyumbangkan kepakaran dalam pelaksanaan pembentukan dasar dan program yang bertaraf kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
- Mendaulatkan bahasa Melayu serta mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selaras dengan keperluan dan aspirasi negara
Moto Program Linguistik
“Bersatu Teras Pengukuhan Linguistik”
- Program Linguistik menawarkan kursus teras dalam disiplin linguistik.
- Program Linguistik juga menawarkan pelbagai kursus aplikasi yang selari dengan perkembangan teknologi semasa.
- Program Linguistik menitikberatkan penerapan ilmu bahasa dalam bidang lain seperti kemasyarakatan, kesusasteraan, psikologi, dan komunikasi.
Tempoh Pengajian
Ijazah Sarjanamuda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)
Tempoh : 3 tahun
Sarjana Sains Sosial (Linguistik)
Tempoh : 1.5 tahun
Semantik
Sebarang Pertanyaan sila hubungi kami di linguistik.fssk@ukm.edu.my atau telefon di talian 03-89216469