Warisan Geologi dan Landskap
Langkawi terkenal dengan kekayaan warisan geologi dan landskap:
- Menjadi asas untuk penyelidikan geologi di Langkawi secara berterusan bagi memastikan kelestarian sumber selaras dengan konsep pembangunan lestari yang diterima pakai oleh geopark.
- Kekayaan fosil hidupan laut cetek kuno yang berjulat usia dari 500 hingga 290 juta tahun boleh ditemui terawet dengan baik di Langkawi.
- Langkawi juga kaya dengan landskap yang dihasilkan berjuta tahun lampau selepas batuannya terangkat ke permukaan atau hampir permukaan. Sebahagian daripada landskap tersebut menyimpan rahsia paras laut kuno semenjak 5000 tahun lampau.