Perbincangan Mengenai Pemuliharaan Sumber Warisan Semulajadi Melalui Pembinaan Tukun Tiruan di Andaman.
PPL telah mengadakan satu sesi perbincangan mengenai tukun tiruan pada 22hb April yang lalu. Dalam sesi perbincangan kali ini, PPL telah menjemput Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi, ketua-ketua pangkalan jeti, wakil dari Lafarge Cement, wakil dari Jabatan Perikanan Langkawi dan juga wakil dari Andaman.
Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Maimon Abdullah ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai usaha pemuliharaan sumber perikanan di kawasan lautan Andaman dengan cadangan pembinaan tukun tiruan. Penerangan tersebut telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Norhayati Ahmad dan dibantu oleh Dr. Gerry Goeden dari Andaman Resort.
Hasil dari perbincangan ini, beberapa perkara penting telah dibincangkan diantaranya adalah:
1. Jenis tukun tiruan
2. Tukun tiruan Andaman
3. Cara penjagaan tukun tiruan
4. Kajian berkaitan tukun tiruan
5. Sedimen
6. Isu-isu semasa berkaitan dengan perikanan dan perlancongan.
Sesi dialog yang bermula pada jam 9 pagi ini berakhir pada 11.30pagi.
oleh Ku Adriani.