Mesyuarat Pertama AJK FLAG- Friends of Langkawi Geopark

Mesyuarat pertama AJK FLAG telah diadakan pada 2 Januari 2014 bertempat di Makmal Interaksi, Pusat Penyelidikan Langkawi. Mesyuarat yang dihadiri seramai 14 orang ini telah membincangkan dengan lebih teliti matlamat penubuhan dan juga perlembagaan persatuan ini sebelum didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Diantara hal-hal yang dibincangkan termasuklah:

Fasal 1 : Nama, Alamat pendaftaran penubuhan, lambang
Fasal 2 : Definisi
Fasal 3 : Tujuan & Maksud
Fasal 4 : Keahlian
Fasal 5 : Yuran
Fasal 6 : Berhenti dari Persatuan
Fasal 7 : Mesyuarat
Fasal 8 : Tugas Pemegang Jawatan
Fasal 9 : Peruntukan Kewangan
Fasal 10 : Audit
Fasal 11 : Mesyuarat Agong
Fasal 12 : Penaung dan Penasihat
Fasal 13 : Pemegang Amanah
Fasal 14 : Larangan
Fasal 15 : Peraturan Am
Fasal 16 : Pembubaran

Mesyuarat bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.

oleh Ku Adriani Ku Ayob.