Majlis Penghargaan kepada Urusetia Majlis Perasmian Kompleks Penyelidikan Langkawi.

Majlis penghargaan kepada urusetia Majlis Perasmian Kompleks Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan pada 10 Disember 2013 bersamaan hari Selasa bertempat di Dewan Auditorium, PPL. Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta di atas bantuan, kerjasama dan komitmen dalam memastikan kejayaan majlis tersebut.

Di antara agensi-agensi yang hadir adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pejabat Daerah Langkawi, Pejabat Polis Daerah Langkawi, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi, Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Jabatan Kastam di Raja Malaysia, Pejabat Daerah Pertahanan Awam Langkawi, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan Pejabat RELA Daerah Langkawi.

Majlis dimulakan dengan lawatan ke galeri penyelidikan, diikuti dengan ucapan penghargaan oleh Pengarah Lestari, Pengerusi PPL, mantan Pengerusi PPL dan diteruskan dengan pemberian sijil penghargaan dan hamper serta lawatan ke makmal. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Gambar dibawah merupakan gambar-gambar yang diambil sekitar majlis berlangsung.

oleh Ku Adriani.

IMG_1193collage 4