Mesyuarat Jawatankuasa Pemuliharaan dan Saintifik Langkawi Geopark

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuliharaan dan Saintifik Langkawi Geopark telah diadakan pada 9 Disember 2013 bertempat di Dewan Auditorium, Pusat Penyelidikan Langkawi. Diantara perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat tersebut adalah hal-hal saintifik Geopark, hal ehwal pemuliharaan dan permurnian Langkawi Geopark.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mazlin bin Mokhtar dari LESTARI, UKM, dihadiri oleh 18 wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta di Langkawi dan juga wakil dari universiti tempatan yang lain.
oleh Ku Adriani.