Lawatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Dari kiri: En Zamahari Haji Saidin dari Pejabat Residen Bahagian Kuching, En Victor Luna Amin dari Sarawak Forestry Corporation, En Azahari Omar, En Engkamat dan En Hii Tow Peck dari Jabatan Hutan Sarawak dan Cik Rasanubari dari LADA.

Kerajaan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi ke PPL pada 21hb Oktober 2013. Kumpulan yang diketuai oleh En Victor Luna Amin ini, kini berada dalam perancangan awal untuk mendapatkan status Geopark bagi Negeri Sarawak. Lawatan ke PPL ini bertujuan untuk mengetahui penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan berkaitan Geopark serta melihat kemudahan penyelidikan yang terdapat di sini.

oleh Ku Adriani.