Bedok South Secondary School, Singapore.

Pada 20 Oktober 2013, PPL telah menerima kunjungan kumpulan pelajar dari Bedok South Secondary School Singapore. Lawatan ini diadakan sempena “Malay Language Immersion Programme” yang diadakan di Pulau Langkawi bermula dari 19hb sehingga 21hb Oktober 2013. Kumpulan ini terdiri daripada 34 orang pelajar, 4 orang guru pengiring dan seorang pemandu pelancong. Lawatan jangka pendek ini diisi dengan tayangan video korporat UKM, video PPL serta lawatan ke kawasan sekitar termasuk Galeri PPL.

oleh Ku Adriani.