Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Ewa, Langkawi.
Pada 25 Jun 2014 (Rabu), Unit Peningkatan UPSR SK. Ewa telah mengadakan satu Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR tahun enam di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Seramai 63 orang murid, 4 guru pengiring dan 2 pakar motivasi telah menyertai program ini. Tujuan program ini adalah sebagai pendedahan awal kepada semua calon UPSR terhadap teknik menjawab kertas soalan peperiksaan dan pencetus semangat agar lebih terfokus.
oleh Ku Adriani