Kursus Pengenalan Interpretasi Persekitaran anjuran FRIM dan LADA
Kursus Pengenalan Interpretasi Persekitaran telah dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 29 September – 2 Oktober 2014 bertempat di Pusat Penyelidikan Langkawi.
Objektif kursus ini adalah;
I – Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para peserta kursus terhadap kepentingan pemeliharaan alam semulajadi ke arah persekitaran yang lestari.
II – Mendedahkan para peserta kursus kepada prinsip-prinsip dan teknik-teknik asas dalam interpretasi yang memberi impak dalam penyampaian maklumat.
III – Untuk menggalakkan interaksi dan kerjasama antara mereka yang terlibat dalam industri ekopelancongan.
Seramai lebih kurang 40 peserta menghadiri kursus ini.
oleh Ku Adriani ku Ayob.