Ekspedisi Saintifik Langkawi 2014 : Gunung Raya
Ekspedisi Saintifk Langkawi 2014 telah diadakan pada 23hb – 25hb Oktober 2014 dimana kawasan kajian terpilih adalah Gunung Raya Langkawi. Ekpedisi tahunan ini merupakan ekspedisi ke-5 yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi bersama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Jumlah peserta yang menyertai ekspedisi ini adalah seramai 62 peserta yang terdiri daripada kumpulan Pusat Analisis Air (ALIR), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Program Geologi Fakulti Sains dan Teknologi, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Persatuan Pemandu Pelancong (LTGA) dan juga wakil-wakil dari pihak penganjur.
Diantara aspek yang dikaji dalam ekspedisi pada kali ini adalah sumber tabii yang terdapat di Gunung Raya, kaitannya dengan budaya setempat, keupayaannya dalam mengimbangi alam sekitar dan penerokaan, dan juga bentuk pendekatan yang sesuai untuk pembangunan ekonomi penduduk setempat.
oleh Ku Adriani Ku Ayob.