Pelancaran THE ANDAMAN MARINE LIFE LABORATORY
Anjuran: The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi
Tarikh: 8 Jun 2015 (5.45 pm – 7.00 pm)
Tempat: Lobby Level, The Andaman Langkawi
Pelancaran “The Andaman Marine Life Laboratory” adalah merupakan satu fasa seterusnya dalam projek pemuliharaan sumber marin yang kini memasuki tahun kelima. Makmal ini adalah bertujuan bagi menyediakan satu platform penyelidikan, di samping memberikan pendedahan dan suatu pengalaman yang menarik kepada tetamu dan jemputan. Selain itu, ianya adalah sebagai langkah mempromosikan konsep eko-pelancongan di Langkawi. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Christian Metzner (Pengurus Besar The Andaman Langkawi), Bradley Mulroney (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lafarge Malaysia) dan Dr. Gerry Goeden (ahli biologi marin The Andaman Langkawi). Ramai tetamu dan jemputan yang hadir turut memeriahkan majlis tersebut.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.