Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) Kembara Ilmu SPM 2016

lasbela

Anjuran         : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF)

Tarikh            : 18 – 21 Februari 2016

Tempat          : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan sekitar Pulau Langkawi

Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (SMKAF) telah diadakan pada 19 Februari 2016. Seramai 12 orang guru dan 40 orang pelajar telah diperkenalkan mengenai PPL dan Langkawi Geopark menerusi slaid pembentangan dan tayangan video di Auditorium PPL. Selain itu, guru-guru dan pelajar-pelajar juga didedahkan dengan kawasan sekitar PPL termasuklah makmal-makmal hidup PPL dan lawatan ke Galeri Penyelidikan. Lawatan berakhir pada jam 2 petang beserta jamuan makan tengah hari.

Laporan oleh Asbiyatulaida Derahman.