Lawatan dari Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman (DMO), CAIT, FTSM
Anjuran : Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman
Tarikh : 20 Mei 2016 (Jumaat)
Tempat : Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Pada 20 Mei 2016 yang lalu, PPL telah menerima kunjungan dari Kumpulan Penyelidikan Perlombongan Data dan Pengoptimuman (DMO). Lawatan yang diketuai oleh Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan ini diadakan bagi tujuan untuk menjalin kerjasama penyelidikan dengan PPL. Hasrat DMO adalah untuk menggunakan data yang ada di PPL dan juga menerokai isu-isu permasalahan di Langkawi UNESCO Global Geopark.
Selain daripada PPL, DMO juga telah bekerjasama dengan Prof. Dr. Mohd Talib Latif, Timbalan Pengarah LESTARI, dalam menggunakan teknik perlombongan data dengan mengambil kira data cuaca dan ozon. DMO berharap agar satu kerjasama strategik dapat dijalinkan diantara PPL dan DMO.
Lawatan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Azuraliza Abu Bakar (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FTSM), Prof. Dr. Salwani Abdullah, Prof. Dr. Masri Ayob, Prof. Madya. Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri, Dr. Zainal Rasyid Mahayuddin, Dr. Suhaila Zainudin, Encik Hafiz Mohd Sarim dan Encik Ahmad Tarmizi Abdul Ghani.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.