Sesi Konsultasi Pihak Berkepentingan: Garis Panduan Pengurusan Koleksi Saintifik (Mycollection Guidelines)

nre_featured_image

Anjuran: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

Tarikh: 25 – 27 Ogos 2016

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah.

Satu sesi konsultasi bersama pihak berkepentingan berkenaan garis panduan pengurusan koleksi saintifik anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Pihak berkepentingan yang terlibat adalah daripada kumpulan pengurusan penyelidikan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sewaktu sesi konsultasi ini termasuklah perbincangan dan pembentangan slaid di Bilik Seminar, serta penggunaan Makmal Biologi bagi latihan amali penyelenggaraan/penyediaan sampel basah dan kering. Kawasan sekitar hutan dan pantai berdekatan PPL telah dijadikan lokasi pengumpulan sampel bagi tujuan latihan amali tersebut. Sesi konsultasi ini turut disertai oleh kakitangan PPL dan pelajar-pelajar latihan industri di PPL, iaitu En. Meor Firdaus Syahmi dan En. Ahmad Izzuddin. Pelbagai maklumat telah diperolehi daripada sesi konsultasi tersebut mengenai pengurusan koleksi saintifik kering dan basah bagi spesies-spesies serangga, mamalia kecil, kerang-kerangan, hidupan laut dan lain-lain. Selain itu, info berkenaan pangkalan data biodiversiti tempatan iaitu Malaysia Biodiversity Information System (http://www.mybis.gov.my/one/) juga dikongsi bersama.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.